Isu Gajet Seks : Jangan Sampai Jadi Seperti Kota Amsterdam, Belanda

Sejak akhir-akhir ini Isu penjualan Gajet Seks hangat diperkatakan dan menjadi tajuk utama media tempatan. Saya berpandangan penjualan ini bukan sebulan dua bulan yang lalu, namun sudah bertahun-tahun premis ini beroperasi. Namun, Tahniah juga diucapkan kepada DBKL, PBT yang serius memerangi penjualan haram ini.
Saya berpandangan bahawa jika dibiarkan penjualan seumpama ini, saya khuatir pada suatu masa nanti penjualan gajet lucah ini menjadi suatu "budaya sihat" dikalangan masyarakat ini. Hujah mereka senang sahaja "Peniaga menjual dan pembelilah yang kena ada iman yang kuat sebagai benteng agar tidak membelinya". Hebat-hebat. Kalau sudah menjadi budaya, "halal" pula menjualnya, bahkan diberi lesen, remaja mundar mandir masuk membeli, anak muda tanpa segan silu menggantungkan di beg atau baju mereka. Itu sudah menjadi budaya dan imej baru pula pada negara kita.
Jika dibiarkan apa yang berlaku ?
Kota Amsterdam, sebuah kota indah di belanda yang merupakan satu-satunya negara dibawah paras laut. Damai, tenang, cantik dan mempesonakan. Disebalik keindahan dan sejarah klasik belanda terselit satu perkara ganjil iaitu di bandar ini terdapat muzium Sex.
Apa yang ada di muzium ini ? Muzium ini menjadi tarikan orang ramai dan satu-satunya muzium di Belanda yang masih dibuka selepas pukul 5 petang hingga lewat malam. Patung, paparan video Sex dipertontonkan secara terbuka. Tanpa had umur, kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki, perempuan semuanya boleh masuk. Setahu saya fungsi muzium adalah tempat mengumpulkan bahan-bahan sejarah. Adakah Sex bahan sejarah?

Selain itu, bandar ini juga dipenuhi dengan kawasan yang dikenali sebagai Red Light District yang menempatkan deretan kedai-kedai erotik, sex shop dan pusat-pusat pelacuran. Kedai-kedai ini diberi lesen dan operasinya terbuka.
Paling mengejutkan, hampir semua kedai-kedai cenderamata menjual barang-barang sex. Anak patung, key chain, tuala, permainan kanak-kanak semuanya dibuat dengan imej sex. Lebih hebat lagi aktiviti zina, pergaulan bebas, gay, lesbian, segala bentuk maksiat diiktiraf tanpa segan silu bahkan dianggap sebagai hak asasi manusia.
Jadi, apa pandangan saudara ? Adakah suasana ini akan berlaku di negara kita ? Mari sama-sama kita fikirkan.
Kita renung sepotong ayat alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka, kecuali jalan ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian adalah mudah bagi Allah.” (An-Nisaa’: 169).
Terakhir dikemaskini (Rabu, 17 Mac 2010 12:14)
Pesta Buku 2010 Datang Lagi Saya sampaikan juga info daripada Jabatan Pemasaran PTS (Penerbit Buku yang menyertai Jualan Pesta Buku 2010). Terima kasih kepada Tuan Nazrul dan Tuan Salleh atas maklumat ini. Apa yang menarik di booth PTS kali ini:
3. VISA & Mastercard: Bagi tuan dan puan yang tidak suka bawa wang tunai yang banyak, boleh guna kad VISA & Mastercard. PTS menyediakan 2 terminal khusus kepada tuan dan puan yang membayar menggunakan VISA & Mastercard. 4. Buku: Sekurang-kurangnya 1,000 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, motivasi, bisnes, novel islami, novel sai fai, buku masak, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi. Klik di sini bagi melihat senarai buku PTS: www.pts.com.my. 5. Diskaun: Nikmati diskaun setinggi 25% bagi semua buku PTS. Download kupon diskaun di www.pts.com.my/pestabuku. Bagi pelajar berbaju sekolah dan pelajar IPTA dengan kad pelajar, diskaun yang diberikan ialah 30%. Bagi peminat FB PTS (www.facebook.com/bukupts), ada cenderahati untuk tuan dan puan apabila datang ke booth PTS nanti. 6. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di www.pts.com.my/pestabuku bagi melihat jadual aktiviti penulis-penulis PTS. 7. Hadiah: Bagi tuan dan puan yang membeli buku PTS lebih RM100 & RM200, dan RM500 ada hadiah istimewa menanti anda. Dapatkan jugabookmark percuma apabila membuat bayaran di kaunter. 8. Merchandise: Tahun ini PTS menghasilkan lebih 50 jenis merchandise buat peminat-peminat buku PTS. Ada notepad, badge button, notebook, car sticker, mug, t-shirt, dan sebagainya. Merchandise boleh dibeli di booth PTS pada harga yang sangat berpatutan. Terakhir dikemaskini (Selasa, 16 Mac 2010 12:09) SURAH PILIHAN TV 1
Alhamdulillah rakaman Surah Pilihan TV 1 sudah selesai 14 siri rakaman. Insyallah akan bersambung untuk siri berikutnya sehingga akhir tahun. Terima kasih Penerbit Kak zi dan Cikpuan Aida Pen. Penerbit atas peluang dan nasihat. Bak kata M.nasir kepada Mawi sewaktu Final AF 3 "Daripada Kayu, sekarang dah OK lah". ;-) Saya mengajak sahabat-sahabat untuk menonton rancangan baru terbitan JAKIM untuk siaran TV 1. Rancangan Tafsir Al-Quran SURAH PILIHAN. Rancangan ini akan menampilkan Qari Jemputan yang tidak asing di Malaysia dan mereka akan membuat tafsiran dan ulasan daripada surah yang dibacakan. Mulakan hari anda dengan SURAH PILIHAN. Rancangan SURAH PILIHAN SETIAP JUMAAT 6.00 hingga 6.30 PAGI TV 1 MULAKAN PAGI ANDA DENGAN SURAH PILHAN. HIDUP CERIA AKHIRAT BAHAGIA
Terakhir dikemaskini (Rabu, 10 Mac 2010 20:41) Cinta Untuk NABI..laBulan lalu, saya berkesempatan bermusafir ke Tanjong Malim, PErak di UPSI untuk hadir ke program Fiesta Ilmu, Kolej Kediaman Aminuddin Baki, UPSI. Program Forum sempena Fiesta Ilmu Kolej ini yang berlangsung selama seminggu. Apa yang menariknya kali ini saya digandingkan dengan orang-orang hebat. Ustaz Radzi (Bekas Vokalis Kumpulan Melissa) Kumpulan Rock 80 an yang popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila. Bersama-sama kami di pentas juga Dr Ruziah Ghazali (Pengurus Besar Akademi Zakat Selangor).Kami bercakap tentang CINTA dan AIR MATA. Hidayah Tuhan dan Cinta Anugerah Allah. Ustaz Radzi kini bertugas di Jabatan Agama Islam Kedah. Dari kancah Rock ke Jabatan Agama Islam. Gua tabik lu...... ;-) Semoga Terus Istiqamah. Paling best selepas forum Ustaz Radzi sempat menyanyi lagu CInta Untuk Nabila. Memang power..... ![]() Bergambar bersama Ustaz Radzi
Terakhir dikemaskini (Rabu, 10 Mac 2010 08:36) Promosi Islam yang Indah bukan Islam yang SusahBerdakwah di alam maya sangat popular zaman siber ini. Banyak laman blog yang bertunjangkan dakwah bil yad (Dakwah melalui tulisan). semakin mendapat tempat. Perkembangan ini memberi impak yang besar untuk memberi penjelasan dan komentar tentang pelbagai isu terutamanya berkaitan Islam. Tidak ketinggalam sebuah laman web popular yang mempunyai pengikut lebih Sejuta ialah I LUV ISLAM.com. Sebuah laman forum yang mempromosikan dan menonjokan keindahan Islam. Konsep yang ceria, mesra, Islam yang indah, Islam yang harmoni telah menarik ramai pengikut setia termasuk bukan Islam untuk berchit chat dan menghantarkan karya kreatif mereka di laman web ini. ISLAM YANG INDAH, ISLAM YANG MUDAH Islam adalah agama yang tidak memberatkan penganutnya kecuali dengan kemampuan mereka. Dalam peristiwa Haji Wada' (Haji Perpisahan,) Nabi Muhammad ternampak seorang lelaki yang sudah tua berjalan kaki menuju ke Mekah. Nabi Muhammad bertanya "Kenapa beliau berjalan kaki jauhnya untuk ke Mekah menunaikan Haji". Mereka berkata lelaki itu bernazar mahu mengerjakan haji dengan berjalan kaki. Nabi Muhammad menjawab, "Ällah bukan mahu menyeksa hambanya dengan ibadah haji itu". Lantas, Rasulullah memerintahkan lelaki itu menunggang kenderaan. Hal yang sama berlaku ketika Rasulullah memulakan dakwah di Mekah kepada keluarga dan sahabat handai di awal kerasulan Nabi. Rasullullah banyak bercakap dan memberi khabar gembira kepada penduduk Mekah. Kewujudan Pencipta, Islam sebagai penyelamat, Islam memelihara kaum wanita, Islam membenci penindasan, Islam pembela anak yatim, Islam membebaskan hamba dan banyak ini. Dakwah Islam agama Indah, mudah telah berjaya menarik ramai penduduk Makkah untuk masuk Islam. Umar AlKhatab, panglima garang tunduk kerana tertarik dengan Islam apabila saudaranya Fatimah membaca ayat dari surah Taaha. Suraqah terpegun dengan sikap Rasullah yang mulia dan tidak membalas dendam dalam peristiwa Hijrah dan pelbagai kisah Islam yang Indah telah memukau orang kafir. Saya berpeluang untuk mengikuti promosi akhbar Islamik terbaru I LUV ISLAM menjelajah IPT. Sebuah akhbar yang diilhamkan dari laman blog I LUV ISLAM. Saya juga berpeluang mendekati pengasas laman blog ini iaitu Saudara Imran Koyube. Saya juga sempat berbual dan mendengar pengalaman beliau ketika mula menerbitkan laman web I LUV ISLAM. ![]() ![]() Katanya, beliau ingin menonjolkan Islam yang indah. Warna lembut yang digunakan di laman web itu juga untuk melihat Islam dengan kaca mata ketenangan dan keindahan. Alhamdulillah sejak ditubuhkan, pengikut setia I LUV ISLAM lebih dari 1 juta. Saudara Imran sudah mengorak langkah bekerjasama dengan Karangkraf untuk menerbitkan akhbar mingguan dan sekarang ini melangkah setapak lagi dengan menubuhkan syarikat perunding motivasi I LUV ISLAM. Good Luck Imran. Beliau juga sempat menghadiakhkan kepada saya sehelai t-shirt I LUV ISLAM. Syukran akhi. Semoga Allah memberkati dan teruskan berdakwah. ![]() Terakhir dikemaskini (Sabtu, 27 Februari 2010 13:04) Kembara Sirah Maulidur Rasul
Ikuti Sirah Rasulullah bersama Ustaz Faris Hasbullah, Pengurus PTS ISLAMIKA Sdn Bhd. Ustaz Faris adalah Bos saya dahulu di PTS. Salam Maulidur Rasul. Semoga beroleh manfaat daripada klip sirah Nabi Junjungan Besar Muhammad. Selawat ke atas baginda. Terakhir dikemaskini (Ahad, 21 Februari 2010 15:17) Voice Over untuk NUR IMANAlhamdulillah minggu lalu selesai satu lagi kerja bersama production JAKIM untuk penerbitan sebuah lagi siaran agama bertajuk NUR IMAN di TV 1. NUR IMAN adalah sebuah rancangan agama yang memaparkan cerita dan info berkenaan saudara baru Muallaf. Terdapat pelbagai informasi seperti pengalaman peribadi mereka yang baru memeluk Islam selepas mendapat hidayah, Kisah kembara dakwah ke perkampungan orang Asli, personaliti saudara baru yang berjaya dan banyak lagi kisah-kisah orang yang mendapat hidayah Allah. Hidayah inilah yang digambarkan sebagai NUR IMAN. Terima kasih kepada Kak Zi dan Puan Aida yang memberi peluang untuk menyumbangkan "Voice Over" atau dipanggil sebagai suara latar bagi rancangan dokumentasi agama ini. Insyallah akan menemui penonton TV 1 pada bulan april nanti. Semoga rancangan NUR IMAN ini akan menyuntik keinsafan dan memberi gambaran yang baik kepada mereka yang ingin memeluk agama suci Islam. ![]()
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 20 Februari 2010 14:23) Valentine Day : Tidak Tahu atau Buat-Buat Tidak TahuArtikel ini saya tulis setahun yang lalu Februari 2009 untuk Majalah CAHAYA terbitan JAKIM dan artikel ini juga terpilih untuk dimasukkan dalam website JAKIM. Namun selepas setahun berlalu kini apabila tiba februari 2010 saya lihat artikel saya masih disiar di Web JAKIM. Isu Perayaan Hari Kekasih. Ramai yang sudah tahu tapi buat-buat tak tahu. Ramai yang sudah faham tapi buat-buat tak faham. Fatwa pun sudah dikeluarkan tapi ramai yang tutup mata "menghalalkannya". Paling menyedihkan apabila Media, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah sibuk membuat persiapan meraikan hari bersejarah "kononnya" ini. Klik pautan ini http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3796 ![]() Ringkasnya dari artikel ini ialah Tindakan kita iaitu : HARAM jika kita lakukan seperti ini :- 1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya. 2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian. 3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut. 4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai. 5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut. Semoga beroleh manfaat dan menghindarkan diri kita dari pengaruh ini. Amin Terakhir dikemaskini (Isnin, 08 Februari 2010 12:23) |






















