hariridaud.com
Istimewa Bulan Ramadhan
Bagaimana dengan puasa Saudara-saudari? Semoga bertambah baik,amin. Sedar tidak sedar sudah 15 hari kita berpuasa. Baki 15 hari lagi menjelang Malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Subhanallah.
Rasulullah berkata diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa'i, Baihaqi dari Abu Hurairah yang bernaksud "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh berkat, Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga bdan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"
Nabi berpesan riwayat Bukhari :
الصيام جنة فلا يرفث ولا يجهل وإن امرؤ قاتله أو شاتمه فليقل إني صائم مرتين
Puasa itu benteng, jesteru jangan seseorang berkata buruk dan melakukan perbuatan jahil lagi bodoh, dan sekiranya ada yang mencari gaduh, mencercanya, lalu jawablah : AKu berpuasa sebanak dua kali.
Sedikit coretan aktiviti bulan Ramadan tahun ini selepas 15 hari berpuasa.
1. Tazkirah di Pejabat PTS Publications - Program menjelang 1 ramadhan. Bermuhasabah kembali melihat apa yang telah berlaku dalam ramadhan tahun lalu dan tahun sebelum ini. Adakah sempurna atau puasa main-main lapar dan dahaga sahaja? Maka tahun ini perlu lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Semakin meningkat usia semakin tinggi ibadah dan keperluan kepada Akhirat.
2. Kuliah Subuh di Surau Putra Al-Amin, Putrajaya - Berkongsi sedkit sebanyak huraian hadith Rasulullah "Ramadhan itu diwalnya Rahmat, ditengahnya Pengampunan dan dihujungnya terlepas dari azab neraka".
3. Tazkirah di Hospital Selayang - Terima kasih kepada Dr Siti Zaleha, Cikpuan Afifah, CIkpuan Fadilah atas jemputan. Ibadah di bulan ramadan tidak sama dengan ibadah dibulan yang lain. Fadhilatnya, pahalanya sangat besar disisi Allah. Sedekah di bulan ramadan tidak sama besarnya dibulan yang lain. Rugilah bagi mereka keluar dari Ramadan tanpa berbuat apa-apa ibadah.
4. Tazkirah di Pejabat FN Group - Terima kasih kepada Tuan Fauzul Naim atas jemputan. Kenapa Allah beri gambaran kepada Rasulullah Malam Lailatul qadar pada 10 malam terakhir ? Kenapa tidak di awal atau ditengah ramadan. Inilah tapisan Allah untuk melihat siapa hambanya yang benar-benar konsisten beribadah di bulan ramadan. dan siapa sebenar-benarnya hamba yang soleh.
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 05 September 2009 17:32)















