Misi 8A : Komik sehebat Buku Motivasi

"Komik ini dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak."
Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal.
“Belajar ialah salah satu proses menuju kejayaan, tetapi tidak semua orang seronok melakukannya.Komik ini mampu menjadikan pembacanya berasa seronok belajar dan tidak sabar menggenggam kejayaan.”
Fadzli Yusof, Penulis Buku Bestseller ‘55 Petua Orang Berjaya’
“Komik Misi 8A menjadikan cabaran peperiksaan satu kembara adrenalin yang mendewasakan, daripada sekadar kaki komik kepada otak komik gred 8A!”
Hasrizal Abdul Jamil, www.saifulislam.com
"Setiap halaman komik ini membuat saya teruja mahu tahu mengapa dan bagaimana menjadi superhero dalam peperiksaan! Komik Misi 8A wajib ada di tangan pelajar yang mahukan semangat dan berubah menjadi seorang yang hebat!
Zamri Mohamad, Jurulatih Kanan Akademi Penulis, www.zamrimohamad.com
“Inilah komik yang kita cari. Membaca komik ini umpama membaca buku motivasi dalam bentuk komik. Mesti dibaca oleh kaki-kaki komik serta pemuzik-pemuzik yang mahukan kelainan dalam pembacaan."
Po-G, Pemuzik Indie Kumpulan Go! Go! Go!
“Komik ini membuktikan bahawa komik mampu menjadi bahan motivasi yang mapan dan unggul sekiranya kena dengan cara dan gaya yang betul.”
Wan Zuhairi, Pengasas Komuniti Komik Alwancomics, www.alwancomics.com
“Komik motivasi paling efektif dan kreatif!"
Hariri Daud, Tokoh Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia 2008, www.hariridaud.com
“Kini, komik bukan lagi musuh pendidikan.”
Mat Jan, Guru Bahasa Inggeris
Terakhir dikemaskini (Jumaat, 02 April 2010 19:31)
Sumbang Tenaga di Pesta Buku 2010![]() Seperti tahun-tahun yang lalu suasana di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur memang meriah. Walalupun dengan kegawatan ekonomi, namun industri buku tetap mendapat tempat dihati peminatnya tersendiri. Menariknya lagi, walaupun penganjuran kali ini disaat "tenat" ketika pegawai kerajaan belum mendapat gaji bulan Mac kerana menerima gaji awal pada 8 Februari yang lalu namun suasana di Pesta buku tidak mengambarkan mereka "kekeringan wang". Saya berkesempatan untuk menjadi moderator dalam salah satu acara di pentas utama pada 21 Mac 2010 yang lalu. Acara bicara buku terbaru PTS ISLAMIKA Sdn Bhd iaitu Alaxender adalah Zulkarnain hasil karya Bapak Muhammad Alaxender adalah penulis daripada Indonesia. Selepas selesai di Pentas Utama beralih pula di Pentas Aktiviti Booth PTS Publication untuk acara seterusnya bersama Bapak Muhammad Alexander juga. Padat dengan penonton yang terpaku mendengar penjelasan daripada beliau dan tidak putus-putus yang mendapatkan tandatangan beliau. Gembira rasanya dapat hadir dan bertemu dengan sahabat-sahabat lama di PTS. PTS ISLAMIKA pun sudah mantap dengan kemasukkan tenaga baru Ustaz Rohidzir. Terima kasih Ustaz Faris Hasbullah (Pengurus PTS ISLAMIKA) atas jemputan dan cenderahati yang istimewa. Saya sudah pergi. Anda bila lagi ? ![]() Acara di Pentas Utama. ![]() Acara di Pentas Aktiviti Booth PTS
Terakhir dikemaskini (Rabu, 24 Mac 2010 09:16) Rancangan Realiti TV Agama Harus diperbanyakkan![]() Minggu lalu berakhirnya pentas akhir ADIK-ADIKKU dan TAHNIAH SYABAS buat JAKIM khususnya Krew penerbitan Program Realiti TV Adik-Adikku. Tampil dengan kelainan, segar dan memenuhi citarasa "iman" rakyat Malaysia. Dikala berpuluh-puluh rancangan realiti TV muncul menghidangkan kelazatan hiburan melampau, JAKIM tampil memberi nafas baru kepada program seperti dengan mewujudkan rancangan realiti keagamaan ADIK-ADIKKU. Konsep melahirkan Da'ie atau pendakwah harus dipuji. 20 kanak-kanak dari seluruh Malaysia dipilih untuk mengharungi cabaran ADIk-ADIKKU seperti ujian tarannum, azan, bernasyid, berpidato dan sebagainya. Pada malam final telah menyaksikan adik Wajih dari Negeri Sembilan telah berjaya memikat hati para juri dan dibobatkan sebagai Johan musim pertama. Selain dapat habuan wang ringgit, adik Wajih juga mendapat pakej umrah ke tanah suci. TAHNIAH. ![]() Wajih Zakuan - Juara Adik-Adikku Musim Pertama Saya juga memuji produksi rncangan realiti ini kerana memilih MAsjid Wilayah sebagai acara kemuncak Final kerana mendalam hasratnya untuk mendekatkan masyarakat dengan masjid. Para penonton sebelum siaran berlangsung dapat menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah bersama keluarga dan jemaah qariah. Semoga lebih banyak lagi acara TV dibuat di masjid berbanding studio atau dewan yang lain. Namun persolannya kemana arah tuju ADIK-ADIKKU selepas ini? Saya berpandangan agar rancangan ini WAJIB diteruskan lagi di musim yang kedua. Selain memberi manfaat kepada semua pononton kerana ada dikalangan ibu bapa yang menintiskan air mata kerana tersentuh dengan pesan nasihat para peserta dan kemampuan mereka menyampaikan cerita atau pidato. Selain itu, rancangan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat dan motivasi berjuta-juta kanak-kanak di luar sana untuk menjadi seperti perserta ini. RTM juga mungkin boleh pertimbangkan untuk beri ruang siaran di waktu kemuncak kepada rancangan bermanfaat ini. Seperti yang dilakukan oleh TV9 kepada rancangan Akademi Alquran. Mabruk Alaikum.... Terakhir dikemaskini (Isnin, 22 Mac 2010 14:51) Isu Gajet Seks : Jangan Sampai Jadi Seperti Kota Amsterdam, Belanda![]() ZAINAL memeriksa pelbagai jenis gajet seks dan ubat tenaga batin yang diragui dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru semalam. Sejak akhir-akhir ini Isu penjualan Gajet Seks hangat diperkatakan dan menjadi tajuk utama media tempatan. Saya berpandangan penjualan ini bukan sebulan dua bulan yang lalu, namun sudah bertahun-tahun premis ini beroperasi. Namun, Tahniah juga diucapkan kepada DBKL, PBT yang serius memerangi penjualan haram ini. Saya berpandangan bahawa jika dibiarkan penjualan seumpama ini, saya khuatir pada suatu masa nanti penjualan gajet lucah ini menjadi suatu "budaya sihat" dikalangan masyarakat ini. Hujah mereka senang sahaja "Peniaga menjual dan pembelilah yang kena ada iman yang kuat sebagai benteng agar tidak membelinya". Hebat-hebat. Kalau sudah menjadi budaya, "halal" pula menjualnya, bahkan diberi lesen, remaja mundar mandir masuk membeli, anak muda tanpa segan silu menggantungkan di beg atau baju mereka. Itu sudah menjadi budaya dan imej baru pula pada negara kita. Jika dibiarkan apa yang berlaku ? Kota Amsterdam, sebuah kota indah di belanda yang merupakan satu-satunya negara dibawah paras laut. Damai, tenang, cantik dan mempesonakan. Disebalik keindahan dan sejarah klasik belanda terselit satu perkara ganjil iaitu di bandar ini terdapat muzium Sex. Apa yang ada di muzium ini ? Muzium ini menjadi tarikan orang ramai dan satu-satunya muzium di Belanda yang masih dibuka selepas pukul 5 petang hingga lewat malam. Patung, paparan video Sex dipertontonkan secara terbuka. Tanpa had umur, kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki, perempuan semuanya boleh masuk. Setahu saya fungsi muzium adalah tempat mengumpulkan bahan-bahan sejarah. Adakah Sex bahan sejarah? ![]() Selain itu, bandar ini juga dipenuhi dengan kawasan yang dikenali sebagai Red Light District yang menempatkan deretan kedai-kedai erotik, sex shop dan pusat-pusat pelacuran. Kedai-kedai ini diberi lesen dan operasinya terbuka. Paling mengejutkan, hampir semua kedai-kedai cenderamata menjual barang-barang sex. Anak patung, key chain, tuala, permainan kanak-kanak semuanya dibuat dengan imej sex. Lebih hebat lagi aktiviti zina, pergaulan bebas, gay, lesbian, segala bentuk maksiat diiktiraf tanpa segan silu bahkan dianggap sebagai hak asasi manusia. Jadi, apa pandangan saudara ? Adakah suasana ini akan berlaku di negara kita ? Mari sama-sama kita fikirkan. Kita renung sepotong ayat alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka, kecuali jalan ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian adalah mudah bagi Allah.” (An-Nisaa’: 169). Terakhir dikemaskini (Rabu, 17 Mac 2010 12:14) Pesta Buku 2010 Datang Lagi Saya sampaikan juga info daripada Jabatan Pemasaran PTS (Penerbit Buku yang menyertai Jualan Pesta Buku 2010). Terima kasih kepada Tuan Nazrul dan Tuan Salleh atas maklumat ini. Apa yang menarik di booth PTS kali ini:
3. VISA & Mastercard: Bagi tuan dan puan yang tidak suka bawa wang tunai yang banyak, boleh guna kad VISA & Mastercard. PTS menyediakan 2 terminal khusus kepada tuan dan puan yang membayar menggunakan VISA & Mastercard. 4. Buku: Sekurang-kurangnya 1,000 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, motivasi, bisnes, novel islami, novel sai fai, buku masak, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi. Klik di sini bagi melihat senarai buku PTS: www.pts.com.my. 5. Diskaun: Nikmati diskaun setinggi 25% bagi semua buku PTS. Download kupon diskaun di www.pts.com.my/pestabuku. Bagi pelajar berbaju sekolah dan pelajar IPTA dengan kad pelajar, diskaun yang diberikan ialah 30%. Bagi peminat FB PTS (www.facebook.com/bukupts), ada cenderahati untuk tuan dan puan apabila datang ke booth PTS nanti. 6. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di www.pts.com.my/pestabuku bagi melihat jadual aktiviti penulis-penulis PTS. 7. Hadiah: Bagi tuan dan puan yang membeli buku PTS lebih RM100 & RM200, dan RM500 ada hadiah istimewa menanti anda. Dapatkan jugabookmark percuma apabila membuat bayaran di kaunter. 8. Merchandise: Tahun ini PTS menghasilkan lebih 50 jenis merchandise buat peminat-peminat buku PTS. Ada notepad, badge button, notebook, car sticker, mug, t-shirt, dan sebagainya. Merchandise boleh dibeli di booth PTS pada harga yang sangat berpatutan. Terakhir dikemaskini (Selasa, 16 Mac 2010 12:09) SURAH PILIHAN TV 1
Alhamdulillah rakaman Surah Pilihan TV 1 sudah selesai 14 siri rakaman. Insyallah akan bersambung untuk siri berikutnya sehingga akhir tahun. Terima kasih Penerbit Kak zi dan Cikpuan Aida Pen. Penerbit atas peluang dan nasihat. Bak kata M.nasir kepada Mawi sewaktu Final AF 3 "Daripada Kayu, sekarang dah OK lah". ;-) Saya mengajak sahabat-sahabat untuk menonton rancangan baru terbitan JAKIM untuk siaran TV 1. Rancangan Tafsir Al-Quran SURAH PILIHAN. Rancangan ini akan menampilkan Qari Jemputan yang tidak asing di Malaysia dan mereka akan membuat tafsiran dan ulasan daripada surah yang dibacakan. Mulakan hari anda dengan SURAH PILIHAN. Rancangan SURAH PILIHAN SETIAP JUMAAT 6.00 hingga 6.30 PAGI TV 1 MULAKAN PAGI ANDA DENGAN SURAH PILHAN. HIDUP CERIA AKHIRAT BAHAGIA
Terakhir dikemaskini (Rabu, 10 Mac 2010 20:41) Cinta Untuk NABI..laBulan lalu, saya berkesempatan bermusafir ke Tanjong Malim, PErak di UPSI untuk hadir ke program Fiesta Ilmu, Kolej Kediaman Aminuddin Baki, UPSI. Program Forum sempena Fiesta Ilmu Kolej ini yang berlangsung selama seminggu. Apa yang menariknya kali ini saya digandingkan dengan orang-orang hebat. Ustaz Radzi (Bekas Vokalis Kumpulan Melissa) Kumpulan Rock 80 an yang popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila. Bersama-sama kami di pentas juga Dr Ruziah Ghazali (Pengurus Besar Akademi Zakat Selangor).Kami bercakap tentang CINTA dan AIR MATA. Hidayah Tuhan dan Cinta Anugerah Allah. Ustaz Radzi kini bertugas di Jabatan Agama Islam Kedah. Dari kancah Rock ke Jabatan Agama Islam. Gua tabik lu...... ;-) Semoga Terus Istiqamah. Paling best selepas forum Ustaz Radzi sempat menyanyi lagu CInta Untuk Nabila. Memang power..... ![]() Bergambar bersama Ustaz Radzi ![]() Terakhir dikemaskini (Selasa, 30 Mac 2010 20:36) Promosi Islam yang Indah bukan Islam yang SusahBerdakwah di alam maya sangat popular zaman siber ini. Banyak laman blog yang bertunjangkan dakwah bil yad (Dakwah melalui tulisan). semakin mendapat tempat. Perkembangan ini memberi impak yang besar untuk memberi penjelasan dan komentar tentang pelbagai isu terutamanya berkaitan Islam. Tidak ketinggalam sebuah laman web popular yang mempunyai pengikut lebih Sejuta ialah I LUV ISLAM.com. Sebuah laman forum yang mempromosikan dan menonjokan keindahan Islam. Konsep yang ceria, mesra, Islam yang indah, Islam yang harmoni telah menarik ramai pengikut setia termasuk bukan Islam untuk berchit chat dan menghantarkan karya kreatif mereka di laman web ini. ISLAM YANG INDAH, ISLAM YANG MUDAH Islam adalah agama yang tidak memberatkan penganutnya kecuali dengan kemampuan mereka. Dalam peristiwa Haji Wada' (Haji Perpisahan,) Nabi Muhammad ternampak seorang lelaki yang sudah tua berjalan kaki menuju ke Mekah. Nabi Muhammad bertanya "Kenapa beliau berjalan kaki jauhnya untuk ke Mekah menunaikan Haji". Mereka berkata lelaki itu bernazar mahu mengerjakan haji dengan berjalan kaki. Nabi Muhammad menjawab, "Ällah bukan mahu menyeksa hambanya dengan ibadah haji itu". Lantas, Rasulullah memerintahkan lelaki itu menunggang kenderaan. Hal yang sama berlaku ketika Rasulullah memulakan dakwah di Mekah kepada keluarga dan sahabat handai di awal kerasulan Nabi. Rasullullah banyak bercakap dan memberi khabar gembira kepada penduduk Mekah. Kewujudan Pencipta, Islam sebagai penyelamat, Islam memelihara kaum wanita, Islam membenci penindasan, Islam pembela anak yatim, Islam membebaskan hamba dan banyak ini. Dakwah Islam agama Indah, mudah telah berjaya menarik ramai penduduk Makkah untuk masuk Islam. Umar AlKhatab, panglima garang tunduk kerana tertarik dengan Islam apabila saudaranya Fatimah membaca ayat dari surah Taaha. Suraqah terpegun dengan sikap Rasullah yang mulia dan tidak membalas dendam dalam peristiwa Hijrah dan pelbagai kisah Islam yang Indah telah memukau orang kafir. Saya berpeluang untuk mengikuti promosi akhbar Islamik terbaru I LUV ISLAM menjelajah IPT. Sebuah akhbar yang diilhamkan dari laman blog I LUV ISLAM. Saya juga berpeluang mendekati pengasas laman blog ini iaitu Saudara Imran Koyube. Saya juga sempat berbual dan mendengar pengalaman beliau ketika mula menerbitkan laman web I LUV ISLAM. ![]() ![]() Katanya, beliau ingin menonjolkan Islam yang indah. Warna lembut yang digunakan di laman web itu juga untuk melihat Islam dengan kaca mata ketenangan dan keindahan. Alhamdulillah sejak ditubuhkan, pengikut setia I LUV ISLAM lebih dari 1 juta. Saudara Imran sudah mengorak langkah bekerjasama dengan Karangkraf untuk menerbitkan akhbar mingguan dan sekarang ini melangkah setapak lagi dengan menubuhkan syarikat perunding motivasi I LUV ISLAM. Good Luck Imran. Beliau juga sempat menghadiakhkan kepada saya sehelai t-shirt I LUV ISLAM. Syukran akhi. Semoga Allah memberkati dan teruskan berdakwah. ![]() Terakhir dikemaskini (Sabtu, 27 Februari 2010 13:04) |




























