Kembara Sirah Maulidur Rasul

 

Ikuti Sirah Rasulullah bersama Ustaz Faris Hasbullah, Pengurus PTS ISLAMIKA Sdn Bhd. Ustaz Faris adalah Bos saya dahulu di PTS. Salam Maulidur Rasul. Semoga beroleh manfaat daripada klip sirah Nabi Junjungan Besar Muhammad. Selawat ke atas baginda.

Terakhir dikemaskini (Ahad, 21 Februari 2010 15:17)

 

Voice Over untuk NUR IMAN

Alhamdulillah minggu lalu selesai satu lagi kerja bersama production JAKIM untuk penerbitan sebuah lagi siaran agama bertajuk NUR IMAN di TV 1. NUR IMAN adalah sebuah rancangan agama yang memaparkan cerita dan info berkenaan saudara baru Muallaf. Terdapat pelbagai informasi seperti pengalaman peribadi mereka yang baru memeluk Islam selepas mendapat hidayah, Kisah kembara dakwah ke perkampungan orang Asli, personaliti saudara baru yang berjaya dan banyak lagi kisah-kisah orang yang mendapat hidayah Allah.

 Hidayah inilah yang digambarkan sebagai NUR IMAN. Terima kasih kepada Kak Zi dan Puan Aida yang memberi peluang untuk menyumbangkan "Voice Over" atau dipanggil sebagai suara latar bagi rancangan dokumentasi agama ini. Insyallah akan menemui penonton TV 1 pada bulan april nanti.

Semoga rancangan NUR IMAN ini akan menyuntik keinsafan dan memberi gambaran yang baik kepada mereka yang ingin memeluk agama suci Islam. 


 

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 20 Februari 2010 14:23)

 

Valentine Day : Tidak Tahu atau Buat-Buat Tidak Tahu

Artikel ini saya tulis setahun yang lalu Februari 2009 untuk Majalah CAHAYA terbitan JAKIM dan artikel ini juga terpilih untuk dimasukkan dalam website JAKIM. Namun selepas setahun berlalu kini apabila tiba februari 2010 saya lihat artikel saya masih disiar di Web JAKIM.

Isu Perayaan Hari Kekasih. Ramai yang sudah tahu tapi buat-buat tak tahu. Ramai yang sudah faham tapi buat-buat tak faham. Fatwa pun sudah dikeluarkan tapi ramai yang tutup mata "menghalalkannya". Paling menyedihkan apabila Media, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah sibuk membuat persiapan meraikan hari bersejarah "kononnya" ini.

Klik pautan ini http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3796

Ringkasnya dari artikel ini ialah Tindakan kita iaitu :

HARAM jika kita lakukan seperti ini :-

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Semoga beroleh manfaat dan menghindarkan diri kita dari pengaruh ini. Amin

Terakhir dikemaskini (Isnin, 08 Februari 2010 12:23)

 

Forum Sempena Konvensyen Keusahawanan Islam 2010

Terakhir dikemaskini (Khamis, 28 Januari 2010 18:24)

 

Public Talk with 2009 USA Memory Champion

Membina minda mengingat sehebat komputer.

Lebih dari 1juta maklumat kita terima dan masukkan dalam kotak minda setiap hari. Urusan pejabat, keluarga, kawan-kawan, belajar dan banyak lagi maklumat yang seharian kita terima dan simpan. 

Bayangkan anda sediakan 1 kotak kosong dan tiap-tiap hari anda masukkan bahan-bahan berlainan bentuknya dalam kotak itu. Buku, surat PTPTN, surat lantikan kerja, pen, kertas, permainan, kasut, dan lain-lain lagi. Hari demi hari bahan dalam kotak itu bertambah. Kemudian cukup seminggu anda cari kembali kertas lantikan kerja itu tadi. Berapa lama masa yang diambil untuk mencarinya ? 10 minit, 30 minit, 1 jam, 2 jam, 5 jam atau memakan masa 2 hari.

Situasi lain pula, ada ketikanya kita perasan muka seseorang namun kita lupa namanya. Rasa macam pernah jumpa, tapi dimana dan siapa namanya. Namun jarang kita berjumpa seseorang dan beritahu saya ingat nama awak tapi saya tak "cam" muka awak yang mana satu.

Namun, ada manusia yang boleh ingat beribu-ribu digit nombor hanya dalam beberapa minit dan boleh mengingat 50 nama peserta dengan hanya 5 saat perkenalan. Saya berkesempatan untuk hadir ke program Public Talk with World Memory Expert. Beliau ialah Ron White adalah 2009 USA Memory Champion.

Seawal sesi beliau selama 2 jam 30 minit, beliau mempamerkan kehebatannya mengingat 50 nama orang peserta dengan hanya 5 saat perkenalan. Kemudian beliau meminta penonton memberikan 25 angka 2digit yang berbeza. Selepas 1 minit, beliau sebutkan semula digit-digit yang diberikan tadi dengan lancar mula dari digit atas kebawah dan dari bawah ke atas.

Teori yang diperkenalkan ialah

Program anjuran AIM dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Rahman. Dato Dr Ling Liong Sik (Bekas Menteri) juga hadir sebagai peserta.

 

 

Terakhir dikemaskini (Rabu, 27 Januari 2010 09:35)

 

AJL 24 : Tersalah atau Sengaja

Saya asyik membaca artikel ini di web dan di akhbar sejak seminggu yang lalu mengenai pendedahan seorang anak muda tentang pengaruh illuminati dalam rancangan popular. Rancangan AJL 24 telah menarik 4.6 juta penonton di seluruh malaysia. Saya ingin ucapkan tahniah kepada penulis kerana membuka mata dan membuka minda seluruh rakyat. Mari kita teliti tulisan yang saya petik dari web beliau iaitu http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com .

Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

 

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa? 

Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini. 

Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.


 

 

Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface  dan beberapa orang guitarist  yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?


Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis. 

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.

Sekadar penambahan. Terima Kasih.

 

Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib

B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations

Al al-Bayt University, Jordan.

25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Terakhir dikemaskini (Isnin, 25 Januari 2010 08:37)

 

Promosi Program Jom Masuk "U"

Berita baik buat semua pelajar sekolah, program JOM MASUK U akan berlangsung di USIM pada 6 & 7 Februari 2010 di Stadium Tertutup Nilai. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat maklumat IPT di Malaysia, pameran dan pelbagai acara menarik.


 

Terakhir dikemaskini (Khamis, 21 Januari 2010 15:49)

 

Bulan Mac 2010

Assalamualaikum Warahmatullah.

Benar juga kata-kata "Penantian itu satu penyiksaan". Tidak sabar menanti bulan Mac nanti. Satu perkara baru, semoga mendapat reaksi yang positif. 

Nantikan di bulan Mac nanti.......

Terakhir dikemaskini (Isnin, 18 Januari 2010 00:26)

 

Langgan info dari kami, masukkan email anda:

Servis oleh FeedBurner

Undian
1st Impression Anda?
 
ShoutMix chat widget
Google Friend Connect