Siapa Yang Patut Diusir : Palestin atau Israel ?
Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul, kemudian mereka tidak ragu-ragu serta berjuang dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. (Al-Hujurat : 15 )
A : Kenapalah orang palestin ni tidak bijak ?
B : Kenapa pulak ?
A : Sepatutnya mereka ni bina kekuatan, bukannya asyik baling batu je.
B : Wah, pandainye kau bercakap. Main hembus je. Kalu terjadi kepada kita, ibu bapa dibedil didepan mata, kakak dan adik dirogol menangis derita mungkin kita lakukan perkara yang sama. Lu piki la sendiri.
Tirai 1430 Hijrah dan 2009 Masihi dibuka dengan siri kezaliman Israel Laknatullah menyerang Semenanjung Gaza dan mengakibatkan beribu-ribu nyawa terkorban. Apakah ini memberi isyarat bahawa tahun 2009 ini adalah tahun keganasan atau tahun tekad Israel menghapuskan Palestin.
Allah yang Maha mengetahui. Allahu Akbar.
Saya kira selagi mana Israel berada di bumi tanah Arab selagi itu, penyiksaan sebegini akan berterusan. Rakyat Palestin adalah bangsa Arab, hidup dengan kebudayaan Arab manakal Israel mengamalkan budaya Barat dan lebih cenderung kepada sosio barat. Jesteru, seharusnya PBB memberi tanah baru kepada Israel di Negara Barat ( US, Australia, UK ) yang lebih sesuai, lebih selesa buat mereka dan jangan ganggu lagi Rakyat Palestin. Israel yang perlu diusir sebenarnya.
[caption id="attachment_965" align="aligncenter" width="320" caption="Ini Kemeriahan Sambutan Tahun Baru di K.Lumpur"]
[/caption] [caption id="attachment_966" align="aligncenter" width="360" caption="Ini pula di Palestin"]
[/caption] GAZA: Angka korban serangan Israel di Gaza mencapai 410, manakala 1,900 lagi cedera apabila pesawat negara Yahudi itu membuka lembaran tahun baru 2009 dengan meneruskan kempen pengeboman buat hari ke-6, semalam.
Serangan udara terbaru Israel membunuh seorang daripada lima pemimpin utamanya, Nizar Rayan termasuk empat isteri serta empat daripada 12 anaknya.
Rayan, 52, adalah profesor undang-undang Islam dan turut terbabit menyerang askar Israel. Malah, seorang anak lelakinya melakukan serangan bunuh diri menyebabkan dua pendatang Yahudi maut pada Oktober 2001.
[caption id="attachment_976" align="alignleft" width="194" caption="wanita menjadi mangsa"]
[/caption] Di NEW YORK, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi tergempar selepas negara Arab mengemukakan resolusi mendesak Israel segera menamatkan serangannya, tetapi delegasi Barat menyifatkannya tidak seimbang malah mahu rundingan diteruskan.
Dalam serangan hari ke-6 itu, pesawat Israel menyerang bangunan pentadbiran Hamas, manakala kereta kebal dan tenteranya berkumpul dekat sempadan. Akhbar Haaretz melaporkan, tentera Israel mensasarkan serangan balas darat besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan roket menyebabkan tiga penduduk awam Israel dan seorang askar terbunuh, kelmarin.
Israel juga menolak gencatan senjata segera selama 48 jam untuk menambah bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk Gaza dengan menyifatkan cadangan Perancis itu tidak realistik.
Di WASHINGTON, Livni memberitahu televisyen ABC matlamat jangka pendek Israel di Gaza bukan bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Hamas.
"Satu-satunya cara rakyat Palestin boleh mewujudkan sebuah negara ialah dengan mengubah situasi di Gaza... Justeru, perubahan di Gaza dan perubahan rejim diperlukan untuk mencipta visi dua negara atau menterjemahkannya kepada realiti," katanya.
Ditanya kemungkinan serangan darat di Gazal, beliau menambah: "Saya tidak pasti.Tetapi, semuanya sudah sedia."
Jawapan celaka dari zionis, mereka bersedia bila-bila masa untuk hancurkan Palestin. Allah yang Maha Gagah, Hancurkan Israel Durjana.
Orang yang cerdik berubah setelah musibah yang menimpanya. Orang yang Bijaksana berubah atas musibah yang menimpa orang lain.
Apa yang boleh kita lakukan ?
1. Menghulurkan bantuan kewangan kepada Rakyat Palestin melalui agensi yang sah seperti Aman Palestin.
2. Berdoa setiap solat memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara kita disana. Diantara Doa yang mustajab ialah doa untuk saudara seislam Muslimin dan Muslimat.
3. Bersyukur dan mengagungkan Allah yang memberi nikmat dan menjauhkan kita dari balan bencana dan peperangan.
4. Anda boleh fikirkan apa yang boleh anda lakukan
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 03:06)















