"Punch Line" dalam Ucapan
Pernah anda hadapi situasi ini ?
1. Apa la yang penceramah ini nak bagi tahu sebenarnya?
2. daripada tadi aku tidak faham apa yang nak disampaikan, baik aku tidur...
3. Sekejap isu ini, sekejap isu itu, mana satu yang penceramah nak sampaikan.
Anda pernah saksikan rancangan Raja Lawak ASTRO sama ada musim pertama,kedua atau ketiga? Sering kali pengkritik tetap mahupun jemputan seperti Sabri Yunus, Zaibo, Fauziah Nawi, AR Badol, Adlin Aman Ramli atau Syamsul Ghau Ghau mengingatkan para peserta tentang "punch line" semasa membuat persembahan lawak di pentas.
"Punch Line" kebanyakkanya digunakan oleh pelawak untuk menarik perhatian penonton. 5 minit mereka bercerita, dalam 2,3 minit terakhir mereka akan pastikan penonton gelak terbahak-bahak. Punch line ada kalanya berbentuk perkataan, bahasa tubuh, struktur ayat mahupun provokasi untuk menarik perhatian penonton.
Berucap juga memerlukan punch line yang hebat dan menawan. Adakalanya kita berucap berjela-jela namun tiada punch line yang menarik perhatian penonton. Lebih malangnya lagi, 2 jam kita berucap namun tiada satu pun yang difahami oleh penonton.
1. Rancang ucapan - Sebaiknya kita merancang ucapan kita terlebih dahulu. Apa isi penting yang ingin disampaikan, dan tentukan "key-point" ucapan itu.
2. Bina tema menarik - Punch Line yang menarik ialah dengan mencipta tema yang hebat. Sebagai contoh petikan dari ucapan Dato Seri Najib "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Ucapan Pak Lah "Bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya". Ini antara punch line yang memberi impak besar kepada penonton.
3. Ringkas dan difahami - Kenal pasti penonton terlebih dahulu. Bimbang perkataan yang anda gunakan tidak difahami mereka. Jesteru, punch line yang anda bina lemah dan tidak difahami.
4. Di ulang-ualang - Punch line ini juga boleh di ulang-ulang untuk memberitahu penonton bahawa ini adalah isi penting dalam ucapan anda.
5. Bukan satu - Tidak semestinya satu ucapan satu punch line. Anda boleh jadikan 2,3 punch dalam satu ucapan. Jangan juga lambakkan dalam ucapan itu sahaja, simpan juga untuk ucapan yang lain. Punch Line bersiri ;-).
5. Sebagai Trade-Mark - Selepas Punch Line ini menjadi, sudah pasti ucapan sebegitu menjadi trade mark kepada anda. Wartawan pun mudah untuk membuat tajuk berita ucapan anda.
Tips ini boleh membantu untuk kita menyampaian ucapan yang menawan dan diingati. Selamat mencuba.















Comments
lemah lg…kna byk blajar dr org bpngalaman nih..
Hariri : Terima kasih Hazri atas kiriman komentar. TAHNIAH kerana timbul minat untuk tingkatkan potensi diri dalam pengucapan awam. Saya pernah menulis dalam artikel tedahulu tentang tips dan teknik pengucapan awam atau lebih khusus debat.
Klik http://hariridaud.com/koleksi/36-motivasi-diri/110-pengucapan-awam-seni-yang-unik.html Quote
Hariri : Benar Saudari, namun pendakwah bukan hanya perlu hebat berucap namun hebat membina hubungan selepas berucap. Quote
RSS feed for comments to this post.