Perjuangan Mahasiswa : Kini & Masa Depan

Seluruh Exco Majlis Perwakilan Pelajar IPTA Malaysia sesi 2006/2007 telah berkumpul di ESSET, Bangi sempena Konvensyen MPP IPTA 07 yang bertemakan Perjuangan Mahasiswa : Kini & Masa Depan. Konvensyen 3 hari bermula 9 - 11 Julai 2007 selain mengumpulkan para pimpinan MPP, ia juga diserikan dengan kehadiran para pembentang kertas kerja serta penceramah yang terkemuka di negara kita seperti Tan Sri Musa Hasan (Ketua Polis Negara), Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda UMNO), Tan Sri Nordin Kardin (Naib Canselor UUM), Dr Fauzi (Kementerian Pengajian Tinggi) dan ramai lagi.
![]()
Bersama Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara)
Konvensyen gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang menyampaikan ucaptama berkaitan pengantarabangsaan IPTA dalam dunia globalsasi hari ini. Antara perkara penting yang dibincangkan dalan konvensyen ini ialah Kualiti Pengajian Tinggi Malaysia, Ancaman Keselamatan Negara, Isu Pengangguran Mahasiswa, Jati Diri Mahasiswa dan Isu Ekonomi Negara.
Namun apa yang menarik perhatian saya ialah dalam sidang forum mahasiswa yang dipengerusikan oleh Dato Alias (TNC HEP UTM) bersama 3 orang ahli panel iaitu Dato Rosnah ( Bekas ADUN Kuala Nerang dan juga aktivis mahasiswa UM pada tahun 70an), Sdr Khairy Jamaluddin ( Naib Ketua Pemuda UMNO ) dan Sdr Afandy Sustrisno Tanjung (YDP MPP UM). Ketiga-tiga ahli panel ini berkongsi pengalaman masing-masing tentang panorama aktiviti kemahasiswaan di zaman mereka. Paling menarik perhatian ialah apabila Dato Rosnah mula menyingkap memori beliau semasa menjadi aktivis Persatuan Bahasa Melayu UM di zaman 70an. Kuasa "Student Power" ketika itu membara kuat sehingga bolah "menggulingkan" pentadbiran UM ketika itu. Lantas ramai dari audience membuat tanggapan mahasiswa 70an sangat aktif dan tidak lesu.
Tatkala semua mahasiswa sedang hebat berdebat tentang istilah mahasiswa lesu, Tan Sri Nordin Kardin menjelaskan bahawa istilah lesu tidak boleh ditakrif dengan pemahaman singkat. Dahulu adalah nostalgia yang dibanggakan oleh orang yang melaluinya namun sekarang gerakan serta nadi perjuangan sudah berubah denagn revolusi keintelektualan mahasiswa kini. Saya juga sempat memberikan pendapat saya dalam sesi bersama YDP MPP seluruh Malaysia iaitu saya cuba membuka minda pimpinan mahasiswa agar lari dari sikap BEBALISME dan memperkasa kesarjanaan ilmu serta kekudusan rohani sebagai asas pembinaan identiti kepimpinan mahasiswa.
Pada Penghujung konvensyen ini telah mengeluarkan beberapa resolusi yang dibahagikan kepada 3 skop iaitu isu kampus, nasional dan antarabangsa yang diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Semoga usaha kerdil ini mendapat rahmat dari Allah.

Sesi bersma YDP MPP Seluruh Malaysia
Bergambar bersama Tan Sri Nordin Kardi
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:21)















