Lagi kisah menarik saya semasa di Netherlands untuk saya kongsi bersama anda pembaca yang budiman. Kali ini tips kejayaan bersama insan bernama Prof Murshidi (bertali Leher Purple)

Sebelum menunggu sesi bersama Duta Malaysia ke Netherlands Dato’ Faridah tiba, saya sempat mencuri masa “mengorek” rahsia kejayaan Prof Murshidi yang merupakan pensyarah dalam bidang Seni di Lieden University dan juga bertindak sebagai “pemandu pelancong” kami disini. Prof Murshidi merupakan seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia dan dipinjamkan ke Lieden selama 5 tahun. Beliau seorang yang pakar dalam bidang kesenian dan merupakan antara individu yang banyak memberi sumbangan kepada warisan seni Negara.

Anda mugkin tetanya-tanya apakah kuasa 7 tersebut ? Kehebatan yang ada kepada prof Murshidi ialah beliau boleh bertutur serta menguasai 7 bahasa secara fasih. Bahasa yang dikuasai oleh Prof Murshidi ialah Bahasa Melayu, Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Perancis, Dutch, Bahasa Inggeris dan Sepanyol. Apabila ada rakan rombongan dari bangsa cina (Siew Lin Exco MPMUM), maka prof bertutur dengan bahasa mandarin. Beliau juga kadang-kadang mengajak saya bertutur dalam bahasa arab memandang saya wakil tunggal yang boleh bertutur dalam bahasa arab (sikit-sikit je). Saya sungguh kagum akan kehebatan dan keajaiban yang dimilikinya. Inilah jua kuasa yang ada kepada Mahathir Lokman yang fasih bertutur dalam 6 bahsa membuatkan beliau menjadi jutawan dengan hanya berbekalkan modal kepelbagaian bahasanya sahaja.

Prof murshidi menyatakan bahawa dalam dunia hari ini, kuasa kepada pengusaan bahasa amat tinggi. Siapa yang boleh menguasai selain dari bahasa ibunda, mereka akan Berjaya. Dunia tanpa sempadan kini “memaksa” seluruh dunia berkomunikasi dengan pantas dan jika kita hanya seperti katak dibawah tempurung maka kita tidak akan ke mana.

Prof Murshidi juga berpesan kepada saya apabila bercakap bahasa melayu berbicaralah dengan bahasa yang betul dan tepat. Janganlah mencampur adukkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris. Gunakan penanda wacana yang betul, tatabahasa dan penyambung ayat agar bahasa kita terjaga. Apabila anda berucap atau bertutur dalam bahasa Inggeris maka bertuturlah dengan gaya bahasa inggeris dengan betul dengan sebutan, gaya serta intonasi seperti “orang putih” berbicara.. Katanya ini adalah salah satu karisma buat seorang pemimpin yang terbilang.

Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:32)

 

Comments  

 
0 #1 hidayat 2009-10-01 20:22 salam hariri…masih teringat sikap prof murshidi yang sangat ramah dan merendah diri…gila2 jugak orangnya..ingat lagi bila dia berdiri atas kerusi sambil menyanyi dan main gambus di restoran turki? hahahah memang kagum bila lihat dia diiktiraf di sana.. Quote
 

Add comment


Security code
Refresh