Lawatan Pemimpin Pelajar ke Eropah
Sudah 2 minggu tidak update info dalam laman blog sendiri kerana saya mengikuti lawatan pemimpin pelajar IPTA ke europe (Netherlands, France n UK) dari 26 Mei sampai 10 Jun 2007 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Rasa bertuah dapat menimba pengalaman dan mempelajari banyak perkara atas budaya serta kemajuan teknologi bangsa eropah. Lawatan ini juga disertai oleh 30 pemimpin pelajar dari 19 IPTA yang majoriti adalah ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007.
Banyak tempat yang saya kunjungi sepanjang 2 minggu saya berada di sana antaranya UNESCO, Universiti Islam Rotterdam, University of Lieden, University of Manchester, University of Birmingham, British Library, Lurve Museum, ESIEE, ICJ dan banyak lagi. InsyaAllah saya akan berkongsi dengan anda dari masa ke semasa dalam laman ini. Jadi, selalulah layari laman ini ye.......
Saya juga sempat berjumpa dengan beberapa tokoh ternama di sana dan sempat juga mengutip mutiara-mutiara ilmu dari mereka antaranya Tan Sri Jins Samsuddin, Abg Najmil Faiz (Pencipta Nano Teknologi), Ustaz Erfino Johari (IKIM.fm) dan ramai lagi.
Dangkewell (TQ dalam bahasa Dutch)
Merci (TQ dalam bahasa Perancis)
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:18)















