Susah Mengingat - Ada caranya
Peperiksaan Akhir semester untuk siswa-siswi IPT akan berlangsung tidak lama lagi termasuk juga saya yang akan memulakan peperiksaan pada 1 November ini (Doakan saya) . Saya ingin berkongsi dengan anda rakan pembaca dengan teknik mengingat sempena dengan musim peperiksaan. Ramai orang yang siang malam membaca tapi gagal mengingat apa yang dibaca. Ada juga situasi mereka yang study maut membaca tetapi "blank" didewan peperiksaan. Apa yang terjadi? beberapa anggapan boleh dibuat sama ada mereka membaca membabi buta sahaja tanpa memahaminya atau salah teknik hafalannya atau tidak membaca buku langsung.
Tony Buzan, seorang pakar dalam bidang menguatkan ingatan (namun yang lebih pakar ialah para sahabat yang mengingat beribu-ribu Hadith & Hafaz Al-Quran) mengatakan bahawa masalah utama yang sering melanda minda dan otak seseorang adalah cepat lupa. Bagi beliau kurangnya ingatan seseorang bukan disebabkan usia namun berpunca daripada kurang memerahnya.
Sekiranya kita sentiasa mengasah minda dan otak kita maka tahap ingatan kita akan bertambah dari masa kesemasa. Bagaimana untuk mengasah Otak? Saya akan cuba membantu anda.
Baik saudara, otak kita mudah ingat dan berfungsi kepada sesuatu yang bersifat imaginasi dan gambaran. Kesukaran mengingat sesuatu perkara boleh diatasi dengan anda menukarkan fakta atau info yang anda baca dengan mengaitkan sesuatu imej yang lain. Menurut ahli psikologi Amerika Roger Sperry mendapati bahawa kedua-dua bahagian otak kita mempunyai fungsi yang berbeza-beza.

Otak Kanan - memberi fokus kepada emosi, muzik, imej, warna warni, kira-kira
Otak Kiri - memberi fokus kepada objek hitam putih, bahasa, arahan
Jesteru untuk melatih minda anda supaya aktif berfikir serta cepat ingat cuba anda tukarkan info bacaan anda dengan imej yang lain atau dengan kaedah mudah iaitu PETA MINDA. Anda juga boleh mewarnakan nota anda dengan "highlighter" dengan warna yang ceria supaya minda anda terangsang untuk minat membacanya dan mengingatnya. Jangan biarkan nota anda kosong sahaja. Cubalah anda akan merasai satu perubahan kepada kekuatan ingatan anda.
Sedikit renungan " Sehebat-hebat teknik ingatan ialah dengan membaca dan menghafaz Al-Quran"
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:33)















