Asas Pengurusan Organisasi - Bagaimana Menbentuk Misi?
Mengurus dan membina matlamat serta hala tuju organisasi bukan perkara yang mudah. Sebagai pemimpin anda harus meneliti setiap sumber yang ada dan "menoropong" lebih jauh apa yang harus dicapai oleh organisasi yang anda pimpin. Organisasi yang tiada halatuju adalah organisasi yang "gagal".
Apa yang anda dapat perhatikan ? Ok, mudah sahaja. Piramid A - ialah kita bermula dari bawah iaitu menentukan plan tindakan atau gerak kerja organisasi anda. Daripada Plan tindakan tersebut, anda akan membentuk Objektif, Misi dan Visi organisasi anda. Maksudnya didalam Piramid A ini, hala tuju organisasi anda dibentuk bermula dari Plan Gerak Kerja yang dirancang dan akan menentukan Visi organisasi.
Piramid B - ialah kita bermula dari atas iaitu menentukan Visi (dreams) organisasi anda. Daripada Visi tersebut ia akan berkembang membentuk Objektif, Misi Dan Visi organisasi. Maksudnya di dalam Piramid B ini, hala tuju organisasi anda dibina bermula dari Visi (dreams) yang akan membentuk Plan Gerak Kerja anda. Secara tidak langsung setiap aktiviti yang dirancang akan menjurus kepada Visi yang dibentuk diatas tadi. Menarik bukan ....!
Saya juga pernah mengaplikasikan kaedah ini didalam kepimpinan saya. Selamat Mencuba....... :-)
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:33)
















