Ramai dari penceramah, pembentang hatta di mimbar khutbah jumaat sekalipun hari ini sudah menampilkan persembahan ucapan yang mempersonakan dengan bantuan slide show. Saya amat bangga dan teruja melihat Khatib di Surau Presint 8 Putrajaya baru-baru ini membaca khutbah dengan bantuan persembahan slide yang mencatatkan point-point penting semasa beliau berkhutbah. Fenomena perubahan ini bukan sahaja membantu para pendengar mencerap input yang disampaikan bahkan boleh mengelakkan para jemaah "tidur" semasa khutbah.

.

 

Kebanyyakkan daripada pebentang atau penceramah sering meletakkan sebanyak-banyaknya input dalam slide mereka seperti menceduk semua ayat dalam buku dan dimasukkan dalam bingkai slide. Cara sebegini sangat membosankan dan audience sukar mencerap apa yang hendak anda sampaikan. Ada juga persembahan slide yang kelihatan muram, lesu dan tidak membangkitkan semangat. Tidak kurang pula slide yang berwarna warni sehingga menyakitkan mata melihat dan melebihkan gambar dariupada isi pemting. Jesteru, bagaimana untuk menyusun dan mereka cipta slide yang baik? Mungkin anda pernah terbaca dalam mana-mana buku mengenainya atau mengikuti kursus namun Tips yang saya tampilkan ini sedikit sebanyak membantu saya dan anda.

 

1849571213_3f7b3e3f5d.jpg 

 

 Sekadar Gambar hiasan

 

Slide show  yang pertama. Slide yang pertama haruslah dimulakan dengan kata kunci utama pembentangan supaya para pendengar mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang ingin disampaikan. Ia akan menjadi lebih menarik sekiranya anda mampu membuat penonton tertanya-tanya serba sedikit tentang tajuk yang anda paparkan di slide tersebut. 

Slide kedua Untuk menarik minat pendengar, slide kedua boleh diletakkan dengan saranan atau usul yang ingin disampaikan kedua di dalam tajuk pembentangan anda. Anda juga boleh memasukkan kata-kata hikmat atau saranan tokoh-tokoh atau pakar di dalam bidang yang berkaitan bagi menguatkan lagi hujah dan pembentangan anda.

Slide ketiga Slide ketiga anda seharusnya menceritakan mengenai struktur pembentangan anda secara menyeluruh. Struktur pembentangan ringkas boleh dibahagikan kepada dua atau tiga tema. Setiap tema haruslah menggambarkan isi-isi penting pembentangan dan boleh dipecahkan kepada tiga slide. Sekiranya terdapat lebih daripada lima slide di dalam satu tema, ia haruslah dibahagikan kepada dua tema. 

Tajuk yang jelas Setiap slide haruslah diletakkan tajuk yang jelas supaya pendengar dan penonton tidak tertanya-tanya dari manakah datangnya idea tersebut. Untuk menarik perhatian penonton, meletakkan persoalan di awal atau permulaan slide adalah satu cara yang baik. Walau bagaimanapun, anda harus memastikan bahawa jawapan terhadap persoalan yang anda timbulkan terhadap di dalam slide tersebut. Jangan tinggalkan penonton dengan persoalan yang tidak terjawab.  

Berapa patah perkataan yang diperlukan? Biasanya, setiap slide harus mengandungi 25-35 perkataan kecualilah anda ingin meletakkan kata-kata hikmah daripada seseorang atau saranan pakar di dalam bidang-bidang tertentu. Sekiranya ingin meletakkan gambar atau ilustrasi, jumlah perkataan haruslah kurang daripada jumlah ini. Sekiranya slide tersebut mengandungi terlalu banyak perkataan, ia akan menyukarkan penonton untuk membacanya, namun terlalu sedikit juga akan membuatkan anda terlalu sibuk menekan tetikus dan hilang tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan. 

Setiap isi penting mestilah difahami Isi-isi penting yang telah digariskan sebagai tajuk utama mestilah dapat difahami oleh penonton. Anda disarankan agar menggunakan satu atau dua perkataan yang mudah difahami daripada menggunakan perkataan yang lengkap kerana ia lebih baik disampaikan scara lisan. Contohnya, adalah lebih baik menggunakan perkataan “ Faktor-faktor pengangguran di Malaysia” daripada menggunakan perkataan “ Faktor” sahaja atau menggunakan “ Adalah penting untuk mengetahui faktor-faktor pengangguran yang berlaku di Malaysia”. Apa yang patut dipertimbangkan adalah, slide anda haruslah sesuai untuk mereka yang tidak dapat hadir semasa pembentangan anda diadakan. 

Menggunakan gambar atau ilutrasi 

Penggunaan gambar juga amat sesuai untuk diletakkan di dalam slide show pembentangan. Ini kerana dengan penggunaan gambar anda dapat menghadkan jumlah perkataan yang akan dipaparkan nanti. Selain daripada itu, gambar juga dapat membawa banyak maksud  dan anda akan dapat membuat penerangan yang jelas dengan menggunakan gambar. Namun, harus dipastikan agar gambar tersebut bersesuaian dengan tajuk yang dibincangkan.

 

.

Slide mengikut suasana

 

 Anda tidak boleh mewenang-wenangnya merasakan setiap audience anda sama sahaja. Mungkin anda akan bercakap dihadapan kanak-kanak, pensyarah, pelajar sekolah, pegawai kerajaan, Ibu Bapa atau CEO sekalipun. Jesteru, penampilan setiap daripadanya adalah berbeza. Sebagai contoh Kanak-kanak, pelajat sekolah menggemari gambar-gambar ilustrasi karton dan tulisan "tidak skema" tapi ia mungkin berbeza dengan pesyarah, pegawai yang lebih serius dan mahukan slide anda memaparkan perkara-perkara penting sahaja serta "meluat" melihat terlalu banyak ilustrasi. Jadi, ketahui siapa audience anda dan sesuaikan dengan cara mereka.

Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:40)

 

Add comment


Security code
Refresh