Nota untuk Pelajar Baru IPT
Tahun Pertama adalah Tahun Penentu Kejayaan
Menjejak kaki ke universiti adalah impian indah seorang yang bergelar pelajar. Semejak dari bangku sekolah lagi kita sudah didedahkan dengan penerokaan ilmu untuk keperluan dunia dan akhirat. Berdepan dengan UPSR, PMR, SPM. STPM, STAM dan Diploma menjadikan kita seorang pelajar bertambah matang dan mampu menilai dan mengukur kemampuan diri.
ALAM KAMPUS
Berada di universiti amatlah jauh berbeza dengan alam persekolahan dahulu. Dahulu kita ditunjuk ajar bagaimana menguruskan pembelajaran disekolah mahupun luar sekolah. Kita juga diajar dan diasuh membina keyakinan diri, meyelesaikan masalah dan sekiranya diluar sekolah pun kita masih dalam kawalan ibu bapa. Namun, di universiti kita sendiri akan menentukan haluan hidup sendiri dalam kehidupan dan pembelajaran. Tidak ada individu atau mana-mana pihak akan mengongkong kita. Oleh itu, Mahasiswa perlu bijak menyesuaikan diri dan menguasai suasana untuk membentuk jati diri seorang mahasiswa.
CIPTA MATLAMAT
Tiada sipa yang dapat nafikan bahawa mendapat Ijazah Kelas Pertama dan mendapat pekerjaan yang selesa adalah penting bagi graduan. Namun semua itu bukannya matlamat akhir sebagai mahasiswa yang menuntut ilmu pengetahauan. Sebagai seorang mahasiswa lebih-lebih lagi Mahasisa Islam, kita seharusnya menyedari dan menginsafi bahawa peluang yang kita miliki ini adalah nikmat dan rahmat dari Allah. Bidang yang kita ceburi sekarang perlu kita faqih semaksima mungkin dalam membantu mentauhidkan Allah kepada masyarakat. Kita perlu buktikanbahawa umat islam mampu berdaya saing dengan bangsa lain didunia. Apa yang lebih penting kita perlu memanfaatkan ilmu kita perolehi untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama.
TUNTUTAN AGAMA
Ilmu semuanya datang dari Allah bukannya bidang pengajian Islam tetapi jauh menajangkau ilmu ekonomi, perubatan, perundangan, akauan, pengurusan dan sebagainya. Semuanya berkait rapat dengan agama islam. Jesteru umat islam mesti menjadi juara dalam semua bidang tersebut. Konsep ini perlu dihayati oleh semua mahasiswa supaya tidak lari dari tersasar landasan Allah. Maka, natijahnya akan lahirlah jurutera bertakwa, doctor bertakwa dan sebagainya. Pensyarah ibarat Murabbi yang mendidik dan mahasiswa yang akan terjemahkannya dengan ketakwaan dan akhlak.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:45)















