Ceramah untuk bakal Pemimpin di Cherating
Sudah hampir 2 minggu tidak menjenguk laman sendiri. Memenuhi jemputan undangan perkahwinan sahabat-sahabat dan 3 hari di Cherating untuk ceramah disana. TAHNIAH kepada sahabat sejati Ahmad Norsyafwan dan Wan Nourul Akmal. Semoga berbahagia dibawah payung rahmat dan mawaddah. Minggu hadapan ke Kedah pula, kenduri sahabat Kasyfi dan kak Salmah Shahidan.
[caption id="attachment_918" align="aligncenter" width="440" caption="Selamat Pengantin Baru"]SELAMAT PENGANTIN BARU
[/caption]
14-16 yang lalu saya ke Sentury Resort, Cherating untuk berceramah dalam program Bengkel Kepimpinan dan kerja berpasukan kepada 25 mahasiswi USIM yang akan dipilih menjadi Jawatankuasa Kebajikan Asrama untuk sesi akan datang. 4 slot sesi ceramah mereka bersama saya dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. begitu juga saya mendapat respon yang sangat baik daripada peserta-peserta. Lega saya ;-) Terima kasih kepad Puan Roslizawaty Ramli (Pengetus Kolej) yang menjemput dan memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama dalam program ini.
[caption id="attachment_919" align="aligncenter" width="440" caption="bersama sebahagian para peserta bengkel"]
[/caption] [caption id="attachment_920" align="aligncenter" width="440" caption="keindahan pantai cherating, Subhanallah"]
[/caption] [caption id="attachment_944" align="aligncenter" width="446" caption="Ape khabar Bos ;-)"]
[/caption]
Saya telah membantu mereka dalam 4 perkara iaitu Character Building, Public Speaking ,Orgnization Management skill, dan Mental Building. Terdapat 4 lagi slot yang disampaikan oleh Penceramah dari BTN dan pengurusan asrama USIM. TAHNIAH kepada adik syida (jika tidak tersalah) yang menang dalam aktiviti "Belon" dan kumpulan 1 yang menang dalam aktiviti "problem solving". Bukan main seromok lagi mereka ;-)
[caption id="attachment_921" align="aligncenter" width="418" caption="Tangga kepimpinan"]
[/caption]
Maxwell ada menyebut 5 tingkat kepimpinan iaitu Dicintai (dengan Menjaga hubungan baik), Dipercayai (dengan mempunyai Integriti), Diikuti (dengan memberi pertolongan), Mempunyai Pelapis (dengan membimbing orang lain untuk menjadi pemimpin) dan yang terakhit Pemimpin Abadi (dengan sentiasa diingati walaupun sudah tiada). Jesteru Dimana tahap kepimpinan anda ?
Saya doakan mereka akan cemerlang dalamĀ kepimpinan mereka dan enjoy menikmati dunia kepimpinan mahasiswa.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 03:05)
















