Cipta Matlamat bermula di Tingkatan Satu
Minggu lalu adalah minggu yang memenatkan tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya melangkah ke Sekolah Menengah Agama Salak Tinggi, Sepang untuk mengisi slot Motivasi Kecemerlangan Pelajar kepada 150 pelajar baru sekolah itu. Adik-adik ini adalah pelajar terpilih yang memsuki sekolah ini dengan keputusan UPSR cemerlang. Terima kasih kepada penganjur atas program dan jemputan.

Saya berpesan kepada mereka dengan berpandukan kepada sebuah syair arab yang bermaksud "Permulaan yang baik membawa kepada pengakhiran yang baik". Tingkatan 1 adalah tahun penting dalam pengajian sekolah menengah. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa tingkatan 1 menjadi titik tolak permulaan sama ada cemerlang atau gagal. Kenapa tahun ini dianggap penting ?
Alam Menengah
Berada di sekolah menengah amatlah jauh berbeza dengan alam persekolahan rendah. Dahulu kita ditunjuk ajar bagaimana menguruskan pembelajaran disekolah mahupun luar sekolah. Kita juga diajar dan diasuh membina keyakinan diri, meyelesaikan masalah dan sekiranya diluar sekolah pun kita masih dalam kawalan ibu bapa. Namun, di peringkat menengah 60% diuruskan oleh pelajar sendiri. Tambahan pelajar-pelajar ini tinggal di asrama.

Cipta Matlamat
Tahun di tingakatn 1 adalah athun untuk menentukan matlamat. Matlamat untuk berjaya dalam PMR, SPM dan hidup akan datang. Rasulullah bersabda yang bermaksud "setiap perbuatan itu dimulai dengan niat". Niat yang betul di awal tahun akan mencorakkan sikap, kesungguhan dan iltizam seorang pelajar itu.
Cabaran Memilih
Tidak dinafikan umur 13 tahun adalah umur permulaan remaja. Pada usia inilah mereka didedahkan dan dipaparkan dengan pelbagai ragam hidup. Mereka juga akan mula berkawan dan memilih kawan. Salah memilih akan membawa padah, bijak memilih akan berjaya. Berhati-hati memilih kawan pada usia ini.


Terakhir dikemaskini (Isnin, 27 Julai 2009 10:19)
















Comments
trima kasih yer sbb sanggup dtg beri motivasi buat kami semua..motivasi itu mmg bgus wat p\'rmulaan bgi kami..
.
Hariri : Sama-sama Najihah. Semoga Najihah berjaya dunia akhirat Quote
.
Hariri : Terima kasih juga pada yang menjemput. Lain kali boleh jemput najihah pula memberi ceramah Quote
.
Hariri : Sama-sama aufa.terima kasih kerana ziarah web ini Quote
RSS feed for comments to this post.