Bahagiakan Hatimu
Sambil bersiar-siar di internet, saya sempat layari web PTS publications melihat buku-buku baru yang diterbitkan. Terlihat sebuah buku berjudul "Bahagiakan Hatimu" karya Ibnu Qayyim. Tersenyum saya dan gembira hati saya melihat kulit buku itu sudah dipamerkan. Bukan apa, buku itu banyak kenangannya kerana saya terlibat dalam pengeluaran buku ini.
Ketika bekerja di PTS ISLAMIKA, banyak juga buku yang sempat saya dan rakan-rakan keluarkan. Kerja suntingan,penyediaan kulit buku, konsep layout, blurb dan lain-lain lagi. Bahagiakan Hatimu adalah buku terakhir saya sebagai sebahagian dari tenaga kerjanya.
Pengurus Penerbitan : Tuan Haji Faris Hasbullah
Editor Perolehan : Mohd Hariri Mohamad Daud
Editor Pengurusan : Firdaus Md Tahir
Kulit Buku : Hisham Salmin
Tim PTS ISLAMIKA - Ustaz Imran Azmi, Utsaz Fariz Firdaus dan Ustazah Asyuura
Buku ini pada asalnya berjudul Tombo Hati, namun selepas pembentangan konsep buku maka buku ini ditukar judul iaitu Bahagiakan Hatimu. Ulama Besar Ibnu Qayyim menulis untuk mereka yang inginkan kebahagiaan hidup, ketenangan jiwa dan dekat dengan Allah. Ikuti ulasan dari Prof Kamil Ibrahim (Penulis buku Travelog Haji dan Travelog dakwah). - Kredit buat ProfKamil Ibrahim dan universitipts.com
Ibnu Qayyim adalah salah seorang pakar psikologi Islami yang sangat terkenal. Beliau lahir hampir 800 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1292 Masehi di kota Damsyik, Syria. Sebagai contoh, menurut Ibnu Qayyim, tingkah laku menangis dapat dikategorikan ke dalam 10 jenis tangisan:
a. Air mata yang tercetus oleh emosi kasih sayang, dan hati yang lembut.
b. Tangisan yang disebabkan oleh perasaan amat takut.
c. Air mata yang disebabkan oleh rasa cinta.
d. Air mata gembira.
e. Tangisan yang disebabkan oleh penderitaan.
f. Air mata kesedihan.
g. Air mata yang mengalir disebabkan diri berasa lemah dan hina.
h. Air mata belas kasihan.
i. Menangis kerana terikut-ikut orang lain menangis.
j. Tangisan hipokrit, yakni pura-pura.
Saya cuba-cuba mengingati jenis-jenis tangisan yang pernah saya lalui. Saya menitiskan airmata apabila dikhabarkan yang ayah telah pergi buat selama-lamanya. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang daripada majlis Minggu Suai Kenal pelajar baru di UiTM Sarawak. Saya memberhentikan kenderaan dan membiarkan air mata mengalir.
Air mata saya juga mengalir ketika pasukan Kesatria UiTM Johor melakukan pembarisan hormat di awal-awal kedatangan saya sebagai Pengarah Kampus. Saya terfikir: “Adakah mereka sudah melakukan solat asar?”. Saya tidak nampak mereka di masjid dan masa di antara solat asar dan pembarisan mereka tersangat hampir. Saya bertekad untuk melakukan sesuatu.
Hampir setiap malam - selama setahun - saya menangis kerana takutkan Allah tidak menerima kedatangan saya di Mekah dan Madinah. Saya rasa lemah dan hina kerana tidak pandai membaca Al-Quran, tidak tahu berdoa dalam bahasa Arab dan ketika merayu-rayu supaya Allah menjadikan saya sebagai tetamu yang paling istimewa.
Air mata bukanlah boleh dipaksa-paksa. Air mata saya sentiasa mengalir ketika menyampaikan syarahan yang berkait rapat dengan perjalanan hidup. Ia kekal begitu kerana setiap kali bercerita, emosi saya seolah-olah berada pada ketika dan saat tersebut.
Pernahkah anda menangis atau mengalirkan air mata? Di bahagian mana air mata itu tumpah?
Saya akan mencari dan membeli buku ini. Anda?
Terakhir dikemaskini (Rabu, 14 Oktober 2009 15:48)
















Comments
cover buku ni cantik sgt..warna dan gmbrnya mmg sesuai..dan ianya mmg sesuai dgn tjuk buku ni..melambangkan kebahagiaan hati..smoga kita semua memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Hariri: Nurqaseh, jangan lupa dapatkan buku ini nanti ye.
disaat manusia terhimpit dengan kekangan masa dan kesibukan urusan duniawi,mengisi an rohani sebenarnya amat perlu…agar jiwa tidak terus kosong..
hmm..nampaknya sy pun akn ke kedai buku jgk nant…
.
Hariri : Bagus cikgu.nanti beli untuk anak murid juga.hehe Quote
RSS feed for comments to this post.