x.jpg Saya adalah pelajar yang terkandas tetapi saya masih boleh berjaya. Kenapa ? Prinsipnya kalau orang lain boleh, mengapa tidak kita. Itulah pegangan kuat abang Najmil Faiz yang melalui laluan penuh berliku sebelum merasa nikmat kejayaan sepanjang pengajian beliau. Saya antara mereka yang bertuah untuk bertemu dengan insan ini sambil kami berbual mesra meneroka rahsia kejayaan beliau. Saya telah bertemu beliau di Heathrow Airport, london ketika itu Abang Najmil Faiz bersama Ustaz Erfino Johari menyambut kedatangan kami ke London di lapangan terbang itu.

Saya sudah lama membaca sejarah peribadi beliau dan coretan kisah kejayaan beliau sebagai antara golongan muda berjaya di Malaysia. Tidak sangka jodoh kami bertemu jua akhirnya. Kata beliau ” Saya mungkin pelajar Malaysia pertama diberi kesempatan untuk membentangkan hasil kajian saya di dalam House of Common. Parlimen British di Westminster di London. Saya berasa amat bertuah dan bersyukur kerana mencatat sejarah yang tidak pernah terlintas dihati kecil ini.” Najmil Faiz melalui sejarah pengajiannya penuh berliku, beliau mencatat keputusan GRED 3 dalam SPM dan mendapat CGPA 2.2 dalam pengajian diploma.

 54904156_841f4a7fb3.jpg

Namun itu bukan penghalang semangat membara beliau untuk menawan puncak kegemilangan. Kegagalan bukan penyebab untuk tidak berjaya. Terhantuk dari kegagalan, beliau membetulkan visi, membina strategi, menongkah arus rintangan dengan cekal.Kajian Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) belia yang bertajuk ”Teknologi Nano dalam kejituan Kejuruteraan’ telah menarik minat para penyelidik hatta memukau Menteri Industri Britian, Dr Brian Iddon iaitu orang yang bertanggunjawab membawa beliau ke HOC, Parlimen Britian.

Tarikh 14 Mac 2005 menceritakan segala-galanya akan ketabahan seorang anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan berjuang daripada kegagalan kepada keagungan. Kejayaan Najmil Faiz antaranya ialah Anugerah Pencapaian Akademim Terbilang (YAB Perdana Menteri), Anugerah Pencapaian Akademik Gemilang (YAB Timbalan Perdana Menteri) dan calon anak gemilang Malaysia sempena 50 tahun kemerdekaan negara Malaysia. Dapatkan buku ”Meniti puncak : Antara Realiti & Fantasi” karangan Najmil Faiz sebagai pembakar semangat juang anda untuk berjaya dalam pelajaran.

Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:26)

 

Comments  

 
0 #1 tarmizi 2010-02-21 21:05 salam, saya ingin beli buku yg bertajuk Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi, dimanakah saya boleh mendapatkannya.. klu boleh, emel saya kerana, sy ingin sangat mendapatkan buku itu. Quote
 

Add comment


Security code
Refresh