img_4591.jpg

 Gambar : Ummu Umairah Azahari, Mohd Zaini Othman, Saya, Razlan Ahmad (Simpanan)

Bertemu kembali setelah hampir seminggu saya tidak mengadap blog peribadi kerana sibuk membantu persiapan perkahwinan kekanda sulung keluarga ( Tahniah untuk kekanda ) dan saya juga terlibat dengan Pertandingan Debat Institut Kefahaman Islam Malaysia tahun 2007 yang bermula 10-13 Disember yang lalu. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan daripada semua saya bersama 3 rakan lain isitu Mohd Zaini Othman, Ummu Umairah Azahari dan Mohd Razlan Ahmad telah berjaya melepasi saingan peringkat pusingan dan peringkat kalah mati lantas membawa USIM ke peringkat akhir untuk bertemu dengan pasukan Universiti Malaya pada 8 Januari 2008.

Berikut adalah maklumat pertandingan pasukan USIM

Peringkat Pusingan

USIM vs UNISEL

USIM vs UNITEN

USIM vs USM

Suku Akhir - USIM vs Insaniah

Separuh Akhir - USIM vs UTM

Akhir - USIM vs UM - ??? 

Terima kasih kepada Radio IKIM yang telah memberi peluang kepada saya untuk berkeudara di radio IKIM untuk berkongsi dengan pendengar seluruh Malaysia tentang tips perdebatan dan isu-isu remaja pada 12 Disember jam 1.00 pm yang lalu. Syukran jua kepada DJ Siti Rohani.

Bagi yang tidak berkesempatan jangan khuatir anda peluang untuk mengikuti pertandingan debat IKIM peringkat akhir pada 8 januari 2008 "live" di Radio IKIM jam 10.00 pagi menemukan 2 pasukan iaitu USIM dan UM atas tajuk " Malaysia memerlukan Mufti Negara". Bagi anda yang ingin mengikutinya secara lebih dekat, jemput hadir bagi menyaksikannya di Dewan Besar IKIM nanti. USIM akan bertindak sebagai Pencadang dan saya akan muncul sebagai pendebat pencadang ke-2. Tungguuu dan doakan saya juga.

Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:35)

 

Add comment


Security code
Refresh