SELAMAT HARI IBU
Ucapan Selamat Hari Ibu buat Ibu yang tersayang Hajjah Salmah Binti Haji Mohd Zahari.
Sahabat Nabi pernah bertanya kepada Nabi, Siapakah yang perlu ditaati ? Maka Nabi menjawab "IBu" sebanyak 3 kali ulangan dan barulah nama "Ayah". Masyaallah. Hebatnya insan yang bernama Ibu. Saya sempat bersiar-siar di ruangan maya ini, mencari ungkapan @ kata-kata indah sempena hari ibu. Saya amat tertarik dengan 2 madah ini yang dipetik dari lirik lagu dan madah berhikmah untuk sama-sama menghayatinya. Renungkan & Selamat Beramal !!
Ibu... ibu.. engkaulah RATUHATI ku... Bila ku berduka.. engkau hiburkan selalu.. Tempat ku mencurah kasih.. wahai ibu.... (Lirik lagu P.Ramlee)
___________________________________________________________
"Anak hanya belajar menghargai kasih sayang ibu bapanya apabila akal sudah hidup di kepala, namun ibu bapa sudah menyayangi anak sebelum lahir ia ke dunia". - Biar Mati Anak Jangan Mati ‘Adat’, Saifulislam.com
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:43)

















