Hadiah Buat Pengantin Baru
Entri ini lewat sedikit masuk namun saya tetap ingin dedikasikan khas buat sahabat-sahabat saya. Cuti sekolah yang lalu saya mengisi hari minggu saya dengan berkunjung ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat saya. Terima kasih kerana mengundang dan maaf juga kepada sahabat-sahabat yang menjemput namun tidak berkesempatan untuk hadir. Walaubagaimanapun, saya ucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru.
Dedikasi Khas Selamat pengantin Baru buat :- 1. Ustaz Hafiz Badaruzzaman dan Ustazah Nabilah 2. Ustaz Hanif Zakaria dan Cikgu Nana 3. Ustaz Asrul dan Ustazah Salma 4. Wan Siti Khadijah dan pasangan 5. Nor Faizah dan pasangan 6. Ustazah Railah Akal dan pasangan serta sahabat-sahabat yang lain yang saya mengetahui berita gembira ini namun belum sampai kad jemputannya.;-)Apa yang saya hadiahkan kepada mereka? Peti Ais ? Kereta Toyota Cambry? Gelas Kaca? bukan jua tetapi hadiah keperluan pasangan dan sebuah buku istimewa "Hadiah Buat pengatin". buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.
[caption id="attachment_1289" align="aligncenter" width="250" caption="Hadiah"]Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 - memilih Pasangan, Fasa 2 - Semasa Bersiap, Fasa 3 - Menuju ke Lokasi, Fasa 4 - Apabila Akad Nikah, Fasa 5 - Merisik dan Meminang, Fasa 6 - Semasa Akad, Fasa 7 - Hidup Suami Isteri, Fasa 8 - Permata Ayah Bonda, Fasa 9 - Apabila Bersalin, Fasa 10 - Doa untuk keluarga dan keturunan. Semoga nashkah kecil ini mengabadikan hadiah saya dalam doa mereka. Amin Ya Rabb.
Ya Allah Tuhan Kami, kurniakan kami isteri-isteri dan keturunan kami yang baik dan mengembirakan hati melihatnya. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.Amin
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:52)















Comments
.
Hariri : bila kita nak reunion mpp semula. mpp reunited Quote
menarik, sebagai rujukan bg si mempelai..=)
.
Hariri : Cik Naz rupanya.Bakal mempelai ye.Di MPH Ada.belilah Quote
RSS feed for comments to this post.