Infaq Ramadan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) memperuntukkan hampir RM3,000 bagi membantu rumah anak yatim, rumah orang tua, golongan orang kurang upaya dan miskin termasuk bukan Islam sejak dianjurkan pada 2008.

Dalam tempoh itu juga, pelbagai pihak mendapat hak mereka dan PTS berbesar hati melaksanakan tanggungjawab sosial korporat itu.

Tahun ini, 4 kumpulan kelab sukan PTS memulakan misi masing masing dengan memilih pelbagai program bagi berbakti kepada masyarakat. Masing-masing giat merancang program dan mendapatkan tajaan tambahan.

Antara rumah kebajikan dan perlindungan yang terpilih tahun ini adalah, Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor. Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur, Rumah Fakir dan Miskin sekitar Gombak dan rumah anak yatim.

Program itu memberi peluang kepada syarikat korporat atau organisasi perniagaan memaparkan kegiatan kebajikan mereka kepada golongan memerlukan bantuan dan pembelaan.

Minggu lalu saya juga berkesempatan bersama rakan-rakan menghulurkan bantuan di rumah fakir miskin sekitar selayang dan gombak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar diiringi dengan hujan renyai-renyai.

Sebanyak 14 rumah terpilih dalam program pada tahun ini. Mereka terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, kes suami lari meninggalkan isteri dan 9 orang anak, fakir dan orang kurang upaya.

Program ini merupakan program tahunan PTS dalam bulan Ramadhan. Semoga mendapat rahmat dan melimpah rezeki buat mereka yang terlibat.

Semua orang Islam adalah bersaudara yang perlu dihubungkan dengan silaturahim dan berkasih sayang. Tidak ada individu Islam yang dianggap hidup sebatang kara di dunia ini.

Kegembiraan menyambut Aidilfitri dikongsi dengan seluruh umat Islam tanpa mengira kedudukan, kekayaan, asal keturunan mahupun usia.

Terakhir dikemaskini (Jumaat, 18 September 2009 10:16)

 

Comments  

 
0 #2 Motivasi Kerja 2009-09-27 01:53 Masih beraya sakan lagi ke ore kito? Quote
 
 
0 #1 Zamri Mohamad 2009-09-16 02:55 Sungguh gembira wajah-wajah yang memberi dan menerima Quote
 

Add comment


Security code
Refresh