Kenangan Terindah di PTS Islamika - Ukhuwwah Fillah
Selesai majlis perpisahan petang tadi, terasa sebak juga. 5 bulan walaupun singkat namun memberi kesan yang mendalam kepada hidup saya. Terima kasih buat PTS Publications and Distributors.
Tarikh 30 September adalah hari terakhir saya bekerja di PTS Islamika Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat PTS Publications. Mulai 1 Oktober 2009 saya akan mula bekerja di tempat baru. Semoga jalan yang dipilih ini baik untuk saya.
Jika banyak butiran pasir dilautan, banyak lagi pengalaman, kenangan, persahabatan yang saya dapat disini. Sebuah syarikat penerbitan buku yang suci visinya untuk memandaikan bangsa. Semoga jariah penulisan ini dikira sebagai harta akhirat kelak. amin.
Apa yang ada di PTS ?
1. Syarikat orang muda, tenaga muda, idea orang muda, semangat muda dan sentiasa mahu berubah untuk cemerlang. Aku temui kesungguhan.
2. Nilai persahabatan dan kerjasama tanpa mengira unit. Aku temui nilai keakraban.
3. Sikap hormat-menghormati apabila berhubung sesama insan terutamanya orang luar PTS. Aku temui nilai kejujuran.
4. Berkomunikasi dengan bahasa melayu tinggi. Aku temui indahnya bahasa ibunda.
5. Tazkirah mingguan di pejabat "menarik" pintu rezeki. Aku temui magnet rezeki Tuhan.
6. Disini Ustaz Ustazah "multiskills". Graduan pengajian Islam sebagai PR Media, Marketing Executive, Account Executive, Editor Pengurusan, Editor Perolehan, Pelukis komik, Editor komik, Editor novel jantan dan Pengurus. Hebat graduan pengajian Islam.
Banyak lagi jika mahu ditulis satu persatu. Namun tetap setia dalam ingatan saya buat selamanya.
Saya mengucapkan terima kasih buat En Arief (Pengarah Urusan), En Fauzul Naim (Pengurus Besar), Tuan Haji Faris (Pengurus PTS Islamika), Tim Islamika (Ustaz Imran, Ustaz Fariz Firdaus Al-Hafiz, Ustazah Firdaus dan Ustazah Asyuura) dan semua unit Jabatan PTS.
Selamat maju jaya.

Keluarga PTS ISLAMIKA (Hariri- Baju kuning, Imran-baju putih, Tuan Haji Faris -Jubah, Fariz Firdaus-Baju biru, Puan Firdaus-Baju biru dan Cik Asyuura-Baju hitam)

Keluarga besar PTS.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Oktober 2009 01:02)
















Comments
RSS feed for comments to this post.