Forum Kecemerlangan Mahasiswa FELDA IPT
Hujung minggu yang lalu, saya berkesempatan untuk mengendalikan Forum sempena Seminar Kecemerlangan Mahasiswa FELDA di IPT. Program anjuran Sekretariat Pemuafakatan Anak Felda IPT (PERSADA) dengan kerjasama Bahagian Seranta FELDA,JPM dan USIM menghimpunkan 12 IPTA yang hadir.
Forum bertajuk FELDA Lambang Perjuangan Bangsa membariskan 3 orang ahli panel iaitu En Nor Ehsanuddin (Pengarah Seranta FELDA,JPM), Y.B Wan Salaman (ADUN JENGKA) dan Dr Sapora Sipon (Pensyarah USIM). Seminar sehari ini dihadiri oleh warga FELDA yang belajar di IPT. Dalam dewan itu, saya, En Nor Ehsanuddin dan Dr Sapora sahaja yang bukan warga FELDA. Saya hanya duapupu kepada warga FELDA. ;-)
Sedikit foto yang diambil oleh En saiful (Jurufoto USIM).

Saya, Y.B Wan Salaman dan Dr Sapora

Terakhir dikemaskini (Selasa, 20 Oktober 2009 16:40)















