Alhamdulillah konvensyen pendakwah muda IPT peringkat kebangsaan berlansung dengan baik. Saya juga tidak ketinggalan menyumbangkan komitmen dalam program ini dalam Forum yang berlansung pada hari kedua program.

Saya, Ustaz Mohd Kalam Mazad (JAKIM), Dato Nakaie Ahmad dan Prof Madya Dr Harlina Siraj bersama-sama menjayakan forum itu bertajuk Generasi Muda menjana transformasi ummah.  Terima kasih kepada urusetia yang menjemput.

Saya tersentuh mendengar dan melihat Ustaz Kalam Mazad menyampaikan idea beliau dan berkongsi pengalaman peribadi. Seorang Ustaz muda, berpendidikan Sarjana Syariah daripada UM serta tidak dapat melihat akibat kemalangan jalan raya. Namun cukup cekal dan tabah berdakwah melalui soal jawab internet kemusykilan agama JAKIM yang dikendalikannya. 

Katanya " Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah menarik nikmat mata, kerana saya sudah tidak ada dosa melalui mata". Subhanallah....

Saya, Dr Harlina, Dato' Nakaie, Ustaz Kalam Mazad

 

Terakhir dikemaskini (Khamis, 03 Disember 2009 17:02)

 

Add comment


Security code
Refresh