Selamat Datang ke Universiti Ramadhan
[/caption] Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana dipanjangkan usia untuk sekali lagi berada dalam Madrasah atau Bulan Ramadhan. Bulan dimana Rasulullah, para sahabat, Tabi' Tabiin dan hamba soleh merinduinya. Bulan ramadhan merupakan bulan istimewa yang dikurniakan oleh Allah untuk hambanya ditarbiyyah, diasuh dan diberi peluang untuk merebut pahala yang dijanjikan Allah.
Jom masuk KeUniversiti Ramadhan
Anjuran : Agama Islam yang mulia
Penyertaan : Semua Umat Islam
Pensyarah / Tutor : Para Ulama', Ustaz, Ustazah
Kuliah Wajib : Puasa bermula terbit matahari hingga terbenam matahari, menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan Zakat Fitrah.
Kelas Tutorial : Solat Sunat Terawih, Bersedekah, Qiamullail, Bersahur, Tadarus Al-Quran, Zikrullah, Mendengar kuliah agama dan lain-lain aktiviti bermanfaat.
Kelas Istimewa : Malam Lailatul Qadar
Ujian Harian : Nafsu ( Syaitan & Iblis telah pun dirantai )
Panel Penilai : Allah S.W.T
Pencatat Markah : Para Malikat dikiri dan kanan
Konvokesyen : Menerima Ijazah TAQWA
Jangan lepaskan peluang masuk ke dalam Universiti Ramadhan kali ni. Kalau terlepas, takut-takut tidak dapat masuk lagi tahun hadapan. Lakukan bersungguh-sungguh ;-)
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:50)















