[caption id="attachment_947" align="aligncenter" width="500" caption="Ma'al Hijrah"]3137601751_8578ce9a1b[/caption]

 

Hari ini bertambah lagi setahun kalendar Hijrah Umat Islam daripada 1429 H kepada 1430 H. Marilah sama-sama kita muhasabah apakah yang kita lakukan sepanjang tahun yang lalu lantas meminta ampun dari Allah yang Maha Penyayang. Peristiwa Hijrah mengenal erti perjuangan Baginda Rasulullah s.a.w meredah gunung bertaburan pasir hinggap ke mata, penat kaki berjalan tiada dihiraukannya, dibaling batu, najis bencinyapara kuffar tapi hatinya telah bersaksi untuk berdakwah dan menyampaikan ISlam hanya kerana Allah. Inilah dinamakan Spritual Commitment.

[caption id="attachment_958" align="alignnone" width="300" caption="Doa Awal tahun"]doaawaltahuntc6[/caption]

Hayati Sajak Hijrah ini daripada Pengasas ESQ 165 Dr Ary Ginanjar

Jiwa adalah ketenangan alam yang tak bertepi,

Biarlah hamparan padang Arafah yang membatasi,

Kini tujukan jiwamu ke Masjidil Haram agar tiada lagi sisa cinta kecuali DIA.

Hari adalah lintasan Sa'ie meskipun tak tahu dimana zamzam mu mengalir,

Kaki akan terus berlari melintasi batu-batu Perjuangan ini tidak berhenti,

Hingga jumpa Kekasih Hati Ya Rabbi.

 

Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 03:05)

 

Add comment


Security code
Refresh