Sekali lagi saya bersama Tim GGC (Global Genius Consultant) turun mengadakan program motivasi SPM untuk anak-anak asnaf anjuran akademi zakat selangor (AZAS). Kali ini seramai 40 orang daripada pelajar-pelajar daerah Kuala Selangor bertempat di Impian Rimba, Hulu langat.

Saya, zukhairi, Hafiz Bad dan isterinya bergabung tenaga membimbing pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM yang tidak lama lagi. Banyak yang dikongsi tentang teknik belajar praktikal, belajar dengan seronok, kemahiran berfikir, dan banyak lagi. Saya mengisi slot kenali diri dan minat kerjaya serta beberapa aktiviti lain. Tahniah kepada adik shafreen kerana berjaya dipilih sebagai peserta terbaik. Peserta kedua mendapat MP3 dari GGC.Tahniah.

3bulan sebelum menghadapi SPM sangat mustahak. Saya sempat berkongsi dengan meraka dalam kuliah maghrib tentang 3 perkara iaitu :

1. Menjaga Hubungan dengan Allah - Allah jua yang memberi kejayaan kepada seseorang. Aktifkan diri untuk solat hajat setiap malam, solat tahajjud sekurang-kurangnya seminggu sekali dan selalu berdoa agar diberi kejayaan.  Allah suka kepada hambanya yang rajin berdoa dan bertawakkal. Allah berkata "Berdoalah, akan ku perkenankan".

 2. Menjaga hubungan baik dengan Ibu Bapa - Allah berkata " dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engaku tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berjata kepada mereka sekalipun perkataa "uhh" dan jangalah engkau menengking tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

3. Menjaga hubungan baik dengan Guru dan rakan - Restu dan doa seorang guru juga penting untuk mendapat keberkatan berpanjangan. Ilmu bukan sekadar untuk peperiksaan tetapi lebih jauh memberi panduan hidup di dunia. 


 Selamat berjaya adik-adik AZAS Kuala Selangor. Semoga menjadi Fanatik sukses. 

Terakhir dikemaskini (Rabu, 29 Julai 2009 11:11)

 

Comments  

 
0 #1 Zamri Mohamad 2009-07-29 20:36 Nasihat yang baik daripada mentor yang hebat. Hmm gambar ketiga itu, kenapalah Zukhairi menelanjangkan kakinya, sudah macam pendekar Mustar. Quote
 

Add comment


Security code
Refresh