Tazkirah Lailatul Qadar di Hospital Selayang
Rabu lalu sekali lagi Hospital Selayang menjemput saya untuk menyampaikan tazkirah ramadan kepada para pegawai disana. Namun kali ini Unit kecemasan Hospital mengadakan program ini. Alhamdulillah dalam kesibukkan Unit ini menyambut para pesakit, namun mereka tidak lupa untuk mengadakan program kerohanian seperti ini.TAHNIAH
Terima kasih kepada Dr Alwi (Ketua Jabatan), En Saiful atas undangan. Semoga Unit kecemasan Hospital Selayang terus dirahmati dan dilimpahi hidayah.

Saya tiba awal sedikit di tempat program dan saya berdiri di hadapan pintu masuk Unit Kecemasan sambil memerhatikan aktiviti disini. Tidak putus, sebuah demi sebuah kenderaan masuk dihadapan Unit ini dengan pelbagai masalah kesihatan. 20 Minit saya berdiri disitu, tidak kurang 10 kes yang tiba. Kemalangan, jantung, H1N1 juga ada. Cukup menginsafkan bagi yang sihat. Alhamdulillah nikmat sihat.
Selepas berbuka puasa sedikit tazkirah yang saya sampaikan menyentuh tentang Malam Lailatul Qadar. Keistimewaan Malam ini yang tiada tolok bandingnya. Kenapa Allah letakkan "klu" malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir? Kenapa tidak di awal Ramadan atau dipertengahan ?
Rahsia keagungan Tuhan yang ingin melihat siapakah diantara hambaNya yang benar-benar istiqamah, konsisten dalam ibadah Ramadan. Diakhir ramadan ramai yang sudah "pancit" tenaga, kurang ke masjid, kurang semangat terawih, sibuk dengan persiapan hari raya dan sebagianya.
Fasa terkahir Ramadan, marilah kita semarakkan dan rancakkan lagi ibadah kita. Semoga kita dipilih untuk berada dalam malam lailatul qadar.
Kehebatan Malam Al-Qadr (Sumber www.zaharuddin.net - Kredit buat Ustaz Zaharuddin)
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)
4) Doa Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;
Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Terakhir dikemaskini (Khamis, 10 September 2009 18:55)
















Comments
alhamdulillah ustaz kembali menabur mutiara ilmu menyemai faham untuk menjana usaha di hospital selayang sekali lagi dalam masa yang dekat dan cepat. InsyaALLAH banyak manfaat dari ALLAH swt terutamanya. Dan saya juga mengidam untuk terus menerobos sempadan antara nikmat kesakitan dan kesihatan dalam menyemai rasa syukur dan iman walau apa jua keadaannya. Buat diri saya juga terutamanya.
Wallahu\'alam
Mabruk ustaz. Barakallahu fiik.
.
Hariri : Terima kasih nuagt Nahwannur kerana membuka ruang di hospital ini. Semoga jua beroleh pahala. Quote
Doa2 la aku dijauhkan daripada pancit time2 mcm ni. Quote
RSS feed for comments to this post.